Success Bukan Exit Ticket Untuk Stop Being Humble

Success bukan exit ticket untuk stop being humble

 

05/02/25 - Bismillah. Saya ingin berkongsi sesuatu yang membuat saya tersentak minggu ini. Mungkin ada yang pernah merasa seperti saya, atau sedang melalui fasa yang sama sekarang.

 

Dulu ketika memulakan kerjaya, kita semua ada impian untuk menjadi successful kan?

 

Alhamdulillah, kebelakangan ini deals yang closing semakin memberangsangkan, rezeki semakin luas. Tetapi dalam proses itu, tanpa sedar, saya sudah mula berubah. Yang dulunya selalu memberi salam dahulu kepada orang, sekarang malas hendak menjawab.  

 

- Yang dulunya gembira sahaja makan tepi jalan dengan team, sekarang kalau bukan di cafe yang trending seolah-olah tidak cukup level.  

- Yang paling membimbangkan - saya mula suka bertangguh kerana confident setiap bulan pasti ada sales. Nauzubillah.

 

Sehinggalah suatu hari, mentor saya berterus terang: 

"Success bukan exit ticket untuk stop being humble."  

 

Kata-kata itu sangat menyentuh hati. Beliau mengingatkan saya kembali - dulunya saya yang selalu bertanya soalan-soalan asas dalam group. Dulunya saya yang terlalu gembira apabila mendapat commission pertama RM100. Dulunya gathering keluarga tidak pernah ditinggalkan kerana merekalah sistem sokongan utama.  

 

- Kejayaan yang ada sekarang ini bukanlah hasil usaha saya seorang. Ada doa ibu bapa yang tidak putus, ada team yang menyokong dari hari pertama, dan yang paling utama - ini semua rezeki dari Allah. Bila difikirkan kembali, apa yang hendak dibanggakan sangat?

 

Jadi jika ada yang sedang melihat tanda-tanda ini pada diri sendiri - mula merasa semua orang "level lain", mula sukar meluangkan masa untuk keluarga, atau lebih teruk - sudah mula memandang rendah pada yang baru bermula - sila berhenti seketika. Renungkan kembali.  

 

Bukankah dulu kita juga pernah menjadi orang yang baru bermula? Yang penuh dengan pertanyaan? Tidak perlu menunggu sehingga mendapat wake up call seperti saya.  

 

Mari sama-sama mengingatkan diri untuk terus merendah diri. Kejayaan dan sifat rendah hati boleh berjalan seiring - malah itulah yang akan menjadikan kejayaan kita lebih bermakna.

 

Kongsikan mesej ini kepada mereka yang mungkin memerlukannya. Kadang-kadang, kita semua memerlukan peringatan untuk kekal rendah hati dan bersyukur. 🤲

 

#SentiasaAdaJalan

 


 

 

Ledakkan Jualan Anda dengan Teknik WhatsApp Blaster – Ketahui Rahsianya Disini!

 

Sales Sendu & Tak Naik-Naik? Jom Tingkatkan Dengan Teknik Marketing WhatsApp Blaster! 

Belajar Di Sini Sekarang !

 


 

✨ Nak Lebih Banyak Tips closing PREMIUM setiap hari Sir Dharma Syamim?


Belajar Di Sini Sekarang !