#SharingTeknikal - Handle Rejection (Mahal) - Tanya Bajet
- Perenggan 1: Empati & Ulangi Rejection
“Betul, puan, bila bercakap pasal kesihatan, memang pelaburan nampak besar pada mulanya. Saya faham sangat perasaan bila rasa bebanan kewangan, sebab ramai klien saya pun pernah berkongsi perasaan yang sama sebelum ni.”
- Perenggan 2: Beri Perspektif dan Kelebihan
Dan ini pun termasuk banyak manfaat yang mungkin puan perlukan masa hadapan. Sebab itu kami ada pilihan fleksibel untuk sesuaikan ikut bajet.
- Perenggan 3: Tanya Bajet
Saya cuba bantu puan dapatkan solusi terbaik. Bajet bulanan yang puan rasa selesa untuk pelan ni berapa ya? Supaya saya boleh cadangkan pakej yang lebih sesuai.
Ayat Selepas Prospek dah bagitahu bajet - Rekomendasi Pakej ikut bajet prospek.
Baik, puan. Dengan bajet sekitar RMX, kami boleh tawarkan pelan yang masih beri perlindungan asas yang penting. Pelan ini fokus untuk [highlight manfaat utama seperti kecemasan atau perlindungan kritikal].
Walaupun pakej ni lebih ringkas, puan tetap akan ada jaminan yang membantu bila keadaan tak dijangka.
Macam ni, puan okay kan kalau saya finalize pelan ni dulu? Nanti bila ada penambahan bajet, kita boleh upgrade secara berperingkat. Sesuai kan dengan bajet Puan Harini 🥹
- Jangan percaya terus, cuba dan guna ya. Kita tak tahu.
#SentiasaAdaJalan
Sd | sales developer

Ledakkan Jualan Anda dengan Teknik WhatsApp Blaster – Ketahui Rahsianya Disini!
Sales Sendu & Tak Naik-Naik? Jom Tingkatkan Dengan Teknik Marketing WhatsApp Blaster!
Belajar Di Sini Sekarang !
✨ Nak Lebih Banyak Tips closing PREMIUM setiap hari Sir Dharma Syamim?
Belajar Di Sini Sekarang !