Penting sangat-sangat kalau kalian betul-betul buat bisnes.
Engagement ni yang akan membuatkan lebih ramai lagi friends nampak posting kalian.
Berniaga di Facebook personal tiada kemudahan untuk tahu berapa ramai nampak posting kita.
Untuk kita tahu berapa ramai nampak posting kita adalah berdasarkan engagement yang kita ada. ๐
Tiada ukuran tepat untuk tahu berapa ramai nampak bila ada orang engage dengan posting kita.
Untuk lihat data yang tepat kita boleh gunakan Facebook Page. Kerana di Facebook Page kita memiliki kemudahan untuk melihat berapa orang yang telah sampai kepada mereka Iklan kita tersebut.
Untuk capai lebih banyak Iklan kita dilihat, Engagement sangat penting.
Semakin tinggi Engagement semakin ramai friends akan nampak posting anda.
Posting menjual adalah posting yang paling susah dapat engagement yang tinggi.
Anda kena ingat " IKLAN IALAH UNTUK ORANG NAMPAK, JIKA TIDAK NAMPAK ITU SYOK SENDIRI "
Kalian kena konsisten buat benda yang betul dan sepatutnya, bukan buat benda tak betul mengikut mazhab yang kalian pegang.
Untuk berjaya dalam perniagaan, kalian perlu pada Ilmu-ilmu, InsyaAllah rezeki kalian akan dipermudahkan. Lakukan dengan cara yang betul.