Definisi: Ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks.
Kajian epidemologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk.
Sebab-sebab mati pucuk:
Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)
Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
Masalah hormon seperti paras testosterone yang rendah
Kegagalan hati dan buah pinggang
Penyakit Parkinson
Angin ahmar
Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
Kesan sampingan ubat-ubatan
Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.
Simptom
Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan
Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks
Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks
Komplikasi
Kemurungan
Kebimbangan semasa hubungan
Masalah perkahwinan
Rasa rendah diri
Kualiti hidup rendah / kurang
Rawatan
Rawatan Bukan Ubat
Mengamalkan cara hidup sihat boleh membantu sesetengah lelaki dalam masalah ini seperti:
Berhenti Merokok
Mengurangkan berat badan yang berlebihan
Meningkatkan aktiviti fizikal
Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi terkawal.
Pengurusan stres
Rawatan Ubat-ubatan
Ubat-ubatan boleh didapati untuk mengubati mati pucuk dalam bentuk pil dan suntikan. Dalam keadaan di mana ubat tidak berkesan atau tidak boleh digunakan, alat vakum khas dan pembedahan implan mungkin berguna. (Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan kaedah-kaedah rawatan tersebut)
Pencegahan
Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
Pengawalan penyakit darah tinggi dan diabetes secara optima