Ajaran Sesat Dalam Emas

Semalam saya berbual dengan seorang kenalan.

Dia sebenarnya sedang aktif membeli emas dengan sebuah syarikat emas. Katanya syarikat tu ajar ahlinya memfungsikan emas.

Saya pun tanya la. Macamana tu?

Dia pun cerita. Beli emas, lepas tu masuk Arrahnu. Dapat duit, beli emas lagi. Lepas tu masuk Arrahnu lagi. Lepas tu dapat duit, beli emas lagi. Lepas tu masuk Arrahnu lagi.

Begitulah berpusing-pusing sampai dah ke sudah.

Saya tanya. Berapa banyak dah emas yang ada?

Dia jawab, ada la dalam 500 gram. Tapi dalam Arrahnu la.

Saya tanya lagi. Bila nak tebus emas tu? Nak ambil
Duit kat mana? Lebih RM250,000 jugak tu.

Dia pun terkebil-kebil.

Saya cakap, ini ajaran sesat. Memfungsikan emas bukan macam tu. Memfungsikan emas ialah kita mempelbagaikan matlamat kita beli emas.

Paling utama, emas jadi simpanan alternatif kepada simpanan tunai. Kadang-kadang dia boleh jadi jambatan untuk miliki aset lebih bernilai. Emas juga boleh jadi back up bila kita dalam kecemasan. Seiring dengan masa, ia boleh jadi alat pelaburan yang meningkat nilainya jangka panjang.

Itulah antara fungsi emas, saya cakap kat dia.

Dia terdiam.

Apa guna beli emas kalau kita takde emas?
Semua emas kita dalam Arrahnu. Duit yang dapat dari Arrahnu pun habis licin jugak sebab guna buat beli emas yang akhirnya masuk Arrahnu jugak.

Jadi, apa yang tinggal pada kita? Emas takde, hutang berlipat-lipat.

Lepas tu dia cuba explain. Nanti bila harga naik boleh dapat duit lagi kalau buat overlap.

Saya tanya dia. Apa overlap tu.

Overlap tu, kita buat surat baru. Kita akan dapat lebihan duit.

Saya kata, memang la nampak macam dapat duit. Tapi sedar tak, hutang kita pun makin bertambah lagi.

Dia tersenyum kelat.

Inilah maksud saya ajaran sesat. Kalau kat KAB Gold, kita tak ajar ajaran sesat macam ni. Kita ajar beli emas dan simpan secara konsisten saja.

Hasilnya, emas bertambah. Hutang pun takde.

Kita ajar pelanggan kita. Emas ni, ada duit, beli la emas. Takde duit, duduk diam-diam.

Jangan pulak dah elok-elok ada emas, pergi gadai tanpa keperluan. Tak pasal-pasal pulak emas tu masuk kandang. Duit dapat tu hutang yang nak kena bayar balik.

Sebab ajaran sesat macam ni la ramai yang makin susah. Harta tak bertambah. Hutang pulak bertingkek-tingkek.

Saya cakap dengan dia, mulakan hidup baru dengan KAB Gold. Beli emas, simpan sendiri. Biar sikit pun, tapi konsisten.

Kita akan lebih cepat kaya berbanding dengan orang yang amalkan ajaran sesat beli gadai, beli gadai lagi.

Haih…

Credit Content CEO KAB Gold Ustaz Khairul Anuar Basri

Nak beli emas dan kumpul emas banyak-banyak? Silakan.

Alang-alang beli emas, jadilah ejen emas.

Boleh dapat komisen setiap kali beli emas untuk diri sendiri. Emas dapat, komisen pun dapat.

Jadi ejen emas ni, tak ada KPI, tak ada maintenance, tak ada belian minima dan sebagainya.

Beli emas dgn kuantiti tertentu, terus dapat upgrade jadi dealer dan status tu kekal walaupun emas tu jual balik atau tak beli apa2 dah.

Dan kalau nak buat bisnes emas pun bagus, lagi banyaaaaak untung.
Bisnes emas ni simple. Tak perlu leverage, tak perlu lipat sana sini.

Beli emas dapat emas.
Jual emas dapat duit.

Meh join saya di KAB Gold

Kelebihan Menjadi Executive Partner KAB Gold

Baca Lebih Banyak Info Lanjut Di Sini
Daftar Percuma Akaun Emas Di Sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top