
Sampai sekarang saya masih hairan apabila ada segelintir ejen emas mengatakan bahawa emas adalah simpanan dan bukan pelaburan.
Sedangkan harganya turun naik.
Sebagaimana saya hairan jika ada ejen takaful mengatakan bahawa takaful adalah simpanan dan pelaburan.
(1) Apabila kita kata “simpanan” dan bukan pelaburan, kita akan terus membayangkan akaun simpanan bank, akaun simpanan Tabung Haji, akaun simpanan ASB atau akaun simpanan KWSP.
Apa persamaan semua tu? Semua akaun simpanan tersebut mempunyai satu ciri yang sama iaitu jumlahnya tidak akan susut walaupun satu sen. Maknanya jika letak RM100, jumlah itu tidak berkurangan walaupun satu sen.
Jika letak RM1,000, jika kita nak keluarkan pada bila-bila masa, jumlah RM1,000 itu tidak akan berkurangan menjadi RM999.99 atau jumlah yang lebih rendah.
Tapi emas tidak begitu. Jika hari ini kita beli emas dengan harga RM1,000, jika kita jual balik pada hari yang sama akan berkurangan dengan spread sekitar 7%.
Tidak masuk lagi jika ia turun harga sebagaimana sekarang.
(2) Ada yang kata “Emas 1 gram takkan susut”.
Memang la 1 gram tak susut, sebab gram itu bukan nilai atau harga.
Gram adalah unit bagi berat. Gram bukannya nilai atau harga.
Perkara sama untuk banyak perkara lain seperti hartanah, saham, unit trust, petroleum dan lain – lain.
Kita beli 1 unit hartanah, tidak akan susut hartanah tu jadi setengah
Kita beli 10 lot saham, lot itu pun tak susut.
Kita beli 1000 unit amanah, unit tu pun tak berkurangan.
Kita beli 10 barrel petroleum, takkan susut jumlah barrel tapi tak pernah ada yang kata hartanah, emas, unit trust, petroleum sebagai simpanan.
(3) Ada yang kata “penyimpan” emas tidak sama dengan “pelabur” yang tengok naik turun graf harga emas.
Sebenarnya ada kekeliruan di situ. Pelabur pun sebenarnya tidak semestinya tengok graf naik turun harga emas.
Contoh macam pelabur unit trust, tak tengok pun graf naik turun harga.
Atau pelaburan hartanah, pun tidak tengok graf naik turun harga hartanah.
Jadi, behavior tengok graf naik turun harga bukanlah ciri untuk menentukan sesuatu itu pelaburan atau simpanan.
(4) Apa yang berlaku ialah kekeliruan membezakan antara istilah “pelaburan = invest” dengan “perdagangan = trading”.
Sebenarnya behavior tengok graf turun naik harga ialah behavior bagi seorang trader atau pedagang.
(Sebut istilah “pedagang”, terbayang pula pedagang zaman kesultanan Melaka atau pedagang zaman Nabi. Jadi saya guna istilah trade dan trading) Sebab itu ada istilah trader saham, trader FCPO, tarder ETF.
(5) Saya bagi analogi mudah faham.
Kalau kita beli durian dari peraih, kemudian kita jual, maka kita adalah peniaga durian. Kita boleh dapat untung hari-hari. Atau kita terus beli direct dari pengusaha ladang durian.
Selalunya jika dari KL, kita cari durian di Bentong, Pahang. Mungkin nak kena beli dari banyak pengusaha pengusaha ladang durian.
Kita kena bergerak aktif untuk cari durian daripada peraih atau peladang untuk dapat kos paling rendah, kemudian kita cari lokasi strategik untuk buka khemah, dan jual.
Lepas beli durian di Bentong, kita pun balik KL untuk jual pula durian tadi. Jika lokasi bagus, cuaca baik, hari gaji, kita ada peluang jana keuntungan tinggi. Tapi jika hujan lebat, tengah bulan, hari cuti, keuntungan akan berkurangan.
Analogi di atas, ialah aktiviti PERDAGANGAN / TRADING
(6) Bagaimana pula dengan aktiviti PELABURAN ?
Baca pula contoh di bawah, saya gunakan analogi DURIAN yang sama.
Kalau kita cari benih durian, kemudian kita tanam untuk dapat hasil, maka kita adalah pengusaha durian. Kalau kita buka ladang besar-besar untuk mengusahakan duri, maka kita jadi peladang.
Kerja peladang durian berbeza dengan peniaga durian. Kita akan cari bermula dari benih durian, kemudian tanam, kemudian semai, baja, siram dan jaga ladang dan tanaman sampai ia membesar dan menghasilkan buah. Ada tempoh masa tertentu untuk tanaman kita itu mendapat hasilnya.
(7) Ok, dah boleh beza?
Yang melabur, kita panggil pelabur atau investor.
Manakala yang berdagang, kita panggil pedagang atau trader.
Kedua-dua posisi adalah penting untuk kelestarian pasaran.
Sama ada pasaran durian, atau pasaran emas, saham dan lain – lain.
Ada orang suka jadi pelabur. Ada orang suka jadi pedagang. Pucuk pangkal, kena ada ilmu.
Ada orang jadikan durian / saham / emas sebagai pelaburan, dan ada orang jadikan durian / saham / emas sebagai perdagangan.
Dalam pasaran durian, kena ada pengusaha durian barulah ada peniaga durian. Kalau ada pengusaha sahaja, tapi tak ada peniaga, bagaimana durian nak sampai kepada pembeli durian?
Begitu juga kalau tak ada pengusaha durian, bagaimana peniaga nak cari durian?
Nak berniaga pun kena ilmu, nak bercucuk tanam pun perlu ilmu.Tapi ilmu berbeza. Ilmu berniaga tak sama dengan ilmu buka ladang. Komitmen dan risiko pun berbeza-beza.
Orang yang bercucuk tanam tak perlu tunggu depan pokok untuk tengok durian berbuah. Tak macam peniaga, dia kena ada depan khemah longgokan durian untuk urusan jual beli dengan pelanggan.
Kalau peniaga tak ada dekat tempat jual durian, ada risiko durian kena curi atau pelanggan lari.
Orang yang berdagang durian, boleh keluar modal sebelah pagi untuk beli dari peraih di Bentong, kemudian balik KL jual dan dapat untung pada petangnya.
Berbeza dengan orang yang baru buka ladang durian, takkan tanam benih hari ini, nak dapat buah durian esok pagi?
Takkan kahwin hari ini dapat anak esok? Eh?
Antara salah faham tentang emas.
Isu 1 – “Ikutkan bagi saya emas itu simpanan. Kalau tidak kenapa negara – negara besar berlumba nak simpan emas. Apa yang berlaku sebelum adalah kenaikkan harga yang tidak normal bagi emas dan kejatuhan tidak normal berlaku bila minyak pula naik mendadak. Macam tanah juga. Berlaku kat pasir gudang. Rumah – rumah dan kawasan jadi tidak laku (buat sementara) sebab selalu berlaku pencemaran di sana. (Sekarang dah kurang)”
Jawapan 1 – Bezakan istilah reserve dgn saving. Jika nak guna istilah reserve, tak perlu mengatakan emas bukan pelaburan. Yang saya isukan ialah segelintir ejen mengatakan emas adalah simpanan dan bukan pelaburan. Yang gunakan istilah gold reserve atau rizab emas, tidak menafikan bahawa emas adalah pelaburan.
Isu 2 – “Simpan emas bukan simpan harga tapi simpan gram. Gram takkan susut.”
Jawapan 2 – Gram adalah unit, bukan nilai. Perkara sama untuk banyak perkara lain seperti hartanah, saham, unit trust, petrol dan lain – lain.
Kita beli 1 unit hartanah, tidak akan susut hartanah tu jadi setengah
Kita beli 10 lot saham, lot itu pun tak susut.
Kita beli 1000 unit amanah, unit tu pun tak berkurangan.
Kita beli 10 barrel petroleum, takkan susut jumlah barrel
Tapi tak pernah ada yang kata hartanah, emas, unit trust, petroleum sebagai simpanan
Isu 3 – “Bagus juga buat perbandingan dengan jumlah kaki persegi rumah tu. Penat nak jawab “kenapa kurang ni”
Jawapan 3 – Tau takpe.Kadangkala pelik dengan ayat promosi emas yang kata tak kisah harga mahal sebab gram tak berkurangan.
Walhal, memang dalam semua pelaburan pun, unit tidak akan berkurangan.
Beli hartanah, keluasan dalam kaki persegi takkan susut.
Beli saham, lot saham tak berkurangan.
Beli unit trust, jumlah unit trust pun tak berkurangan.
Tapi semua ada satu ciri yang sama, nilai dan harganya akan ada naik turun atas pelbagai faktor.
Nota Tambahan untuk anda lagi mudah faham
- EMAS lebih sesuai dipanggil instrumen pelaburan. Tak ada capital guaranteed.
- Emas lebih sesuai dipanggil pelaburan, bukan simpanan. Pelaburan jangka masa panjang lebih tepat.
- Gram adalah ukuran unit, bukan ukuran nilai.

Credit Content Afyan Mat Rawi. – Siapa Tuan Afyan Mat Rawi?
Jangan salah faham. Saya pun ejen emas.
Saya nak ajak orang beli emas dengan mindset yang betul bahawa emas akan ada naik turun harga yang akan memberi kesan kepada nilainya.
Yang tidak susut adalah berat, bukan nilai.
Beli rumah 2,000 kaki persegi pun tidak susut ukurannya. Yang mungkin berubah naik atau turun adalah nilai harganya atas ala sahaja faktor.
Nak beli emas dan kumpul emas banyak-banyak? Silakan.
Alang-alang beli emas, jadilah ejen emas.
Boleh dapat komisen setiap kali beli emas untuk diri sendiri. Emas dapat, komisen pun dapat.
Jadi ejen emas ni, tak ada KPI, tak ada maintenance, tak ada belian minima dan sebagainya.
Beli emas dgn kuantiti tertentu, terus dapat upgrade jadi dealer dan status tu kekal walaupun emas tu jual balik atau tak beli apa2 dah.
Dan kalau nak buat bisnes emas pun bagus, lagi banyaaaaak untung.
Bisnes emas ni simple. Tak perlu leverage, tak perlu lipat sana sini.
Beli emas dapat emas.
Jual emas dapat duit.
Meh join saya di KAB Gold
Nak beli emas dan kumpul emas banyak-banyak? Silakan.
Alang-alang beli emas, jadilah ejen emas.
Boleh dapat komisen setiap kali beli emas untuk diri sendiri. Emas dapat, komisen pun dapat.
Jadi ejen emas ni, tak ada KPI, tak ada maintenance, tak ada belian minima dan sebagainya.
Beli emas dgn kuantiti tertentu, terus dapat upgrade jadi dealer dan status tu kekal walaupun emas tu jual balik atau tak beli apa2 dah.
Dan kalau nak buat bisnes emas pun bagus, lagi banyaaaaak untung.
Bisnes emas ni simple. Tak perlu leverage, tak perlu lipat sana sini.
Beli emas dapat emas.
Jual emas dapat duit.
Meh join saya di KAB Gold
Kelebihan Menjadi Executive Partner KAB Gold

Baca Lebih Banyak Info Lanjut Di Sini
Daftar Percuma Akaun Emas Di Sini