
Bila bisnes mula tertekan, soalan sebenar yang kita kena tanya diri sendiri adalah berapa tunai di dalam bank untuk bisnes kita survive? Ini yang menentukan runway bisnes kita.
Masalah dengan emas, ia bukan liquidity. Kita tak boleh bayar gaji pekerja, sewa kedai, atau supplier dengan emas. Bila kita tukar cash reserve kepada emas, secara jujurnya kita bukan selamatkan bisnes. Kita cuma selamatkan diri sendiri.
Ya,ini adalah waktu yang bagus untuk tukar tunai kepada emas dek kerana harga emas jatuh teruk. Tapi ianya untuk diri sendiri. Sedangkan dalam bisnes, keputusan kita bukan hanya libatkan kita, tapi ada pekerja, ada keluarga mereka, ada supplier yang bergantung.
Bila bisnes merudum, realitinya kita hanya ada dua pilihan;
Sama ada kita tambah cash reserve, walaupun terpaksa berhutang, atau kita kurangkan kos sampai tinggal yang paling perlu sahaja. Kalau perlu tutup kedai fizikal dan fokus online, kita buat. Kalau perlu kecilkan operasi, kita buat.
Fokusnya satu iaitu pastikan bisnes terus hidup dulu.
Ya, ada yang cadangkan beli emas, kemudian pajak di Ar-Rahnu untuk dapatkan cash. Secara teori nampak bijak.
Tapi kalau kita fikir betul-betul, itu cuma tangguh masalah. Kita tetap kena tebus balik emas tu. Persoalannya, ekonomi sempat pulih sebelum kita kehabisan masa, atau kita akhirnya terpaksa lepaskan emas tu?
Untuk individu, ya, emas boleh jadi simpanan jangka panjang. Tapi untuk bisnes yang tengah krisis, kita kena jujur yang cash flow lagi penting daripada aset. Kalau kita silap langkah, bukan sahaja bisnes kita jatuh, tapi orang lain yang bergantung pada kita pun akan jatuh sekali.
Khalas!
Credit Content Asraff Jeffery

Siapa Asraff Jeffery?
Asraff Jeffery ialah seorang usahawan Malaysia yang dikenali sebagai pengasas dan pemilik rantaian restoran, termasuk Samurai Yakiniku, Konoha Buffet, Hattori Coffee, dan Ayam Kunyit Berapi.
Beliau juga merupakan pengarah jualan di kedai komputer Monaliza serta seorang pempengaruh media sosial (YouTuber/TikToker) dengan ratusan ribu pengikut, sering berkongsi konten perniagaan.
Saya bersetuju dengan pendapat tuan Asraff Jeffery sebab saya sendiri pernah ada bisnes yang ada premis, staff, hutang supplier & banyak lagi komitment bisnes.
Maka bagi anda yang hanya berkerja pendapat ini tak relevan dengan anda sebab anda ada gaji setiap bulan. Cuma anda perlu bertawakal pada Allah subhana Wa Ta’ala semoga syarikat anda masih ada capacity untuk membayar gaji & tidak buang anda.
Simpanan emas adalah salah satu asset yang mesti kita miliki sebagai salah satu harta yang sangat berharga terutamanya ketika kita tengah susah. Sebab tu Emergency Fund. wajib ada minimum 3 bulan gaji yang terbaik ada 1 tahun gaji.
…
Nak beli emas dan kumpul emas banyak-banyak? Silakan.
Alang-alang beli emas, jadilah ejen emas.
Boleh dapat komisen setiap kali beli emas untuk diri sendiri. Emas dapat, komisen pun dapat.
Jadi ejen emas ni, tak ada KPI, tak ada maintenance, tak ada belian minima dan sebagainya.
Beli emas dgn kuantiti tertentu, terus dapat upgrade jadi dealer dan status tu kekal walaupun emas tu jual balik atau tak beli apa2 dah.
Dan kalau nak buat bisnes emas pun bagus, lagi banyaaaaak untung.
Bisnes emas ni simple. Tak perlu leverage, tak perlu lipat sana sini.
Beli emas dapat emas.
Jual emas dapat duit.
Meh join saya di KAB Gold
Kelebihan Menjadi Executive Partner KAB Gold

Baca Lebih Banyak Info Lanjut Di Sini
Daftar Percuma Akaun Emas Di Sini