Apa Nak Buat Bila Berlaku Kegawatan Ekonomi?

Tak lama lagi kita akan masuk ke fasa kegawatan ekonomi yang dijangka akan memberi impak yang besar kepada semua orang.

Bagi sesetengah orang T20 yang berkerja makan gaji, mereka takkan rasa sangat impak ni sebab lebihan tunai memang dah ada banyak setiap bulan.

Kategori B40 dan M40 confirm akan rasa.. Tapi kategori ni pun impak dia hanya beberapa bulan je. Mungkin 2-3 bulan buat catuan sana sini dan kemudian akan rasa hidup normal macam biasa.

Tapi yang paling akan terasa impak ni adalah peniaga kecil.

Inilah golongan yang paling akan terasa impak bila ada masalah ekonomi.

Saya nak share tips bagi peniaga kecil macam mana nak hadapi masalah ekonomi yang bakal melanda ni:-

  1. Kurangkan staf
    Nasihat ni mungkin akan membuatkan ramai orang akan marah kat saya tapi untuk peniaga kecil, overhead paling tinggi adalah dekat staf. Kekadang kita ada je staf yang kita rasa tak perlu pun takpe jadi masa ni (sebelum masalah ekonomi menjadi lebih parah), kita kurangkan staf kita.
  2. Elakkan Pelaburan Hartanah
    Pelaburan hartanah pasti akan terkesan apabila berlaku kegawatan ekonomi. Betul, memang masa ni lah harga rumah menjunam jatuh. Tapi ia datang dengan risiko tak tau bila ia akan naik semula. Masa covid pun semua harga jatuh dan sehingga sekarang (lepas 6 tahun) harga tersebut tidak naik semula. Abaikan nasihat ini jika anda mempunyai perniagaan yang cukup besar ataupun anda tidak berniaga.
  3. Jangan simpan duit
    Nasihat ni mungkin yang paling tidak popular tetapi saya dulu suka simpan duit semasa ada masalah ekonomi. Rupanya strategi saya silap. Masa masalah ekonomi, ada banyak peluang dalam bentuk ‘diskaun’. Sepatutnya simpan duit semasa ekonomi baik, bukan semasa ekonomi jatuh. Masa ekonomi jatuh, kita jangan simpan duit tetapi kita masuk nasihat yang ke-4.

    P/s :- Jika anda mulakan dengan simpanan emas boleh belajar kat sini

  4. Diversify bisnes
    Sebelum covid, saya ada 1 jenis bisnes saja. Semasa masuk covid, saya diversify sehingga ada beberapa jenis bisnes dan bagi saya itulah keputusan paling baik saya pernah buat. Masa ekonomi jatuh, biasanya saya dapat sewa premis paling murah, dapat raw material diskaun, dapat supplier yang nak lelong barang. Sales bisnes utama anda akan jatuh (no doubt) tapi dengan bisnes lain yang anda masuk, akan topup kekurangan bisnes tersebut.

    P/s :- Jika anda mulakan dengan bisnes dengan modal rendah & dapat komisyen yang banyak boleh belajar kat sini

  5. Pelbagaikan softskill
    Kalau sebelum ni tak pandai masak, tak pandai bertani, tak pandai repair lampu, tak pandai coding, tak pandai design, anda kena master semua ni secepat mungkin sebab ia sangat-sangat membantu masa ekonomi down. Silap haribulan, anda tak perlukan staff pun kalau anda boleh kuasai skills yang penting ni.

  6. Manfaatkan AI
    Semasa covid dulu, ekonomi saya jatuh teruk dan saya terpaksa buat banyak benda. Nasib saya baik kerana saya ada banyak skills yang saya kuasai (ikut nasihat no 5). Tapi sekarang ni, ada banyak AI dan AI agent yang anda boleh gunakan. Tolong lah kuasai AI ni sebab kalau anda tak kuasai AI dan Agent AI, saya gerenti anda akan terasa sangat kesan ekonomi ni nanti. Spend duit untuk belajar menguasai AI, belanja kepada AI tools, dan guna AI agent. Trust me, anda jimat banyak duit dan banyak masa.

Apa pun nasihat yang anda baca, ingatlah kemelesetan ekonomi akan sentiasa melahirkan bisnes-bisnes hebat yang baru, usahawan-usahawan hebat yang baru (dan melumpuhkan banyak usahawan dan bisnes lain).

Jika anda ambil keputusan yang berani dan buat persediaan yang bijak, anda boleh lalui masalah ekonomi ni dengan cukup baik.

Masa covid, saya sendiri earn lebih banyak dari sebelum covid cuma malangnya saya ada begitu banyak hartanah just before covid yang membuatkan saya terpaksa menanggung kejatuhan harga dan tak dapat nikmati pendapatan sendiri.

Akhir kata saya doakan kita semua berjaya harungi cabaran yang bakal mendatang ini. Setiap kali berdepan cabaran, saya akan teringat kata-kata dari Friedrich Nietzsche ni:
“What doesn’t kill you make you stronger”.

Credit Content Ammar Zahar


Ammar Zahar merupakan seorang usahawan digital dan perunding pemasaran (marketing consultant) yang dikenali di Malaysia, terutamanya dalam bidang perniagaan dalam talian.

Berikut adalah beberapa peranan utama beliau:

Pengasas Jootawan: Beliau merupakan pengasas platform Jootawan, sebuah hab pendidikan dan sumber untuk usahawan yang ingin memulakan serta mengembangkan perniagaan internet.

Pakar Pemasaran: Ammar sering berkongsi strategi pemasaran, teknik jualan, dan tips membina jenama melalui media sosial serta siri podcast.

Penulis & Penceramah: Beliau telah menghasilkan pelbagai produk digital, e-buku, dan modul latihan yang memfokuskan kepada bagaimana menjana pendapatan melalui platform digital.

Profil LinkedIn: Di platform profesional LinkedIn, beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang usahawan yang aktif membantu pemilik bisnes meningkatkan jualan mereka melalui sistem yang efektif.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top