TIP PILIH KERJA & PROJEK
Cara saya pilih kerja:
👉 Yang seronok & mencabar.
👉 Yang boleh paksa saya belajar benda baru.
👉 Yang saya ada kebebasan untuk memilih.
Bukanlah pasal scalability atau pulangan sangat.
Untuk scalability (boleh berkembang) & stability (ada gaji bulan, senang cerita), dah ada projek-projek lain cover.
Tapi sebenarnya, projek yang seronok, mencabar, yang saya boleh belajar & saya bebas memilih pun sebenarnya boleh masuk kategori scalable & stable.
.
.
Jadi...
Pilihlah kerja atau projek daripada beberapa kategori di bawah:
.
1. Cari makan.
Untuk cover overhead & belanja setiap bulan.
Contoh:
👉 Tawarkan servis. Tukar masa & skill jadi duit.
👉 Kerja makan gaji yang masih beri ruang masa sendiri luas masa kerja untuk explore projek lain.
👉 Menjual produk untuk dapat duit cepat tanpa fikir pasal perkembangan & infrastruktur sangat.
.
2. Scalable.
Yang boleh dibangunkan & berkembang. Walaupun sekarang belum boleh bagi apa-apa.
Buat sekarang untuk kutip hasil masa depan.
Yang boleh dapat hasil, lama lepas projek siap dengan penyelenggaraan minima (tidak lagi perlu tukarkan masa untuk dapat duit).
Contoh:
👉 Membina rangkaian konten yang diterbitkan untuk tarik audiens.
👉 Membina funnel marketing yang boleh digunakan berkali-kali.
👉 Mencari model bisnes yang boleh dikembangkan & bina infrastruktur di sekelilingnya.
.
3. Untuk belajar.
Project based learning.
Apa-apa saja skill yang nak dipelajari, pilih satu projek untuk jalankan di sekeliling skill itu.
Tak kisah sama ada skill ini untuk karier, bisnes atau memang saja menggatal suka nak belajar.
Contoh:
👉 Hasilkan satu drama pendek untuk belajar video shoot & editing (dan script writing dan story boarding dan cinematography dan mood building etc)
👉 Bina kebun sayur mini di balkoni rumah untuk belajar urban gardening.
👉 Bina satu website untuk belajar web dev, landing page, ecommerce etc.
.
Bla bla bla...
Bakal disambung (kalau rajin).
.
.
Ada soalan? Sila tanya.
Bermanfaat? Sila kongsi.
~ Bukhari Ramli, lifestyle designer (ecewah!)
(Sebenarnya tadi nak tulis benda lain. Entah macam mana jadi topik ni pulak.)
Klik Untuk Download Panduan Percuma Naikkan Sales 3 Kali Ganda Dalam Masa 7 Hari Sekarang
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video
Klik untuk lihat product