Apakah tawaran istimewa yang kita akan bagi mereka?
Berapa lama tawaran ini akan sah?
Jawab dua soalan ini saja pun dah cukup.
Contoh yang anda boleh tiru serta merta:
Apakah tawaran istimewa yang kita akan bagi mereka?
+ Beli produk A.
+ Percuma free gift 1.
+ Percuma free gift 2.
+ Percuma free gift 3.
.
Berapa lama tawaran ini akan sah?
Hanya pada tarikh 23/10/20 (Jumaat). Dari pukul 10 pagi hingga 10 malam saja.
.
LANGKAH 3 - Digital poster design.
Dah buat langkah 1 dan langkah 2?
Sekarang masa untuk siapkan design.
Design yang saya maksudkan adalah:
+ Design untuk semua team sales upload di Whatsapp Story, Facebook Post, Instagram Post, dan segala platform yang mereka guna untuk berkomunikasi dengan customer.
+ Design terbahagi kepada dua: Pre launch dan launch.
.
Elemen-elemen penting dalam poster design?
+ Tarikh product launch (Cth: 23/10/20 - Juamat).
+ Masa product launch (Cth: 10 pagi hingga 10 malam).
+ Apa yang pelanggan dapat (Cth: Gambar product + 3 free gift).
+ Harga produk (Cth: RM149)
.
LANGKAH 4 - Followup (SMS + Whatsapp)
“All out! Maximize everything!”
Bagi motivasi dan paksa semua team sales kita untuk followup semua senarai prospek dan customer yang kita buat dalam langkah 1 sebelum ini.
Aktiviti followup terbahagi kepada dua .Sebagai contoh:
HQ: Blast SMS pada prospek dan customer.
Contoh SMS: Promo produk A. Dapat 3 free gift bernilai RMXXX. Ready pada tarikh 23/10/20. Hanya dari pukul 10 pagi hingga 10 malam saja.
.
Team sales: Whatsapp followup semua prospek dan customer. Serta update Whatsapp story hari-hari sehingga hari launch (guna poster design).
Contoh ayat followup: Hai! Kami akan buat promo untuk produk A pada 23/10/20 ya. Boleh dapat 3 free gift bernilai RMXXX. Jap saya bagi poster (Attach: Gambar poster design)
.
LANGKAH 5 - Launch.
Masa untuk launch.
Masa untuk buat duit.
Masa untuk lihat sendiri samada usaha kita berbaloi atau tidak.
Masa launch, apa yang patut kita buat?
Saya terus bagi contoh. Senang untuk faham dan terus nampak apa yang perlu dibuat masa launch:
.
HQ: Blast SMS pada prospek dan customer.
Contoh SMS: Jualan dah dibuka. Beli produk A dapat 3 free gift bernilai RMXXX percuma! Lakukan pembelian menerusi team kami di Whatsapp sekarang.
.
Team sales: Whatsapp followup semua prospek dan customer. Update Whatsapp story (dari jualan dibuka hingga jualan tamat) guna poster design.
Contoh ayat followup: Hai! Jualan untuk promo dah dibuka ya. Sah sampai pukul 10 malam ini saja. Pembayaran boleh dibuat menerusi akaun bank di bawah (Attach: Gambar akaun bank).
.
Macam saya beritahu sebelum ini, template dan contoh gerak kerja di atas ini dah menghasilkan jualan RM500,000 (minimum) pada klien kami.
Sekarang, saya dah bagi anda.
Silakan guna dan terus eksperimen sekarang.
.
Jika nak belajar lebih detail dan bekerjasama dengan saya dan Uncle, boleh terus datang kelas Hack A Launch.
Selama 7 hari berturut-turut (secara online), kita akan brainstorm dan fikir strategi product launch khas untuk bisnes anda.
Ada lebih 300+ syarikat dah sertai.
Ada Telegram Group untuk support dan modul-modul online boleh tengok banyak kali.
Pendaftaran dah nak tamat, dan harga akan naik selepas ini.
(Hint: Kami tak pernah turunkan harga kelas Hack A Launch ya).