TANPA BAJET MARKETING BESAR, FORTNITE MAMPU MENJADI FENOMENA DI KALANGAN 'GAMERS.

TANPA BAJET MARKETING BESAR, FORTNITE MAMPU MENJADI FENOMENA DI KALANGAN 'GAMERS.

TANPA BAJET MARKETING BESAR, FORTNITE MAMPU MENJADI FENOMENA DI KALANGAN 'GAMERS'.

 

Ini strategi paling bijak oleh Epic Game, sebuah syarikat developer permainan video terkenal, Fortnite.

 

Walaupun ada modal marketing yang besar, tapi Epic Games tak nak laburkan banyak duit untuk buat 'launching' permainan ini.

 

.

.

 

Kebiasaannya, developer untuk satu-satu permainan video akan lancarkan kempen marketing secara besar-besaran. Labur duit yang banyak untuk jalankan marketing secara online dan offline.

 

Developer juga akan bekerjasama dengan platform utama permainan video seperti Xbox dan Playstation untuk mempromosi permainan video baru mereka.

 

Cara ini sangat berhasil dengan majoriti jualan akan berlaku semasa minggu pertama dilancarkan.

 

Orang akan berebut-rebut nak beli.

 

.

.

 

Tapi untuk Fortnite, mereka ubah strategi.

 

Walaupun kebiasaannya launching secara besar-besaran ini membawa pulangan yang banyak tetapi ada platform yang mereka tak boleh track keberkesanan kempen.

 

Misalnya, kalau mereka gunakan billboard, mereka tak dapat nak tahu berapa ramai yang download Fortnite dari iklan billboard. Kalau Fortnite gagal, susah untuk mereka dapat semula pulangan dari modal marketing yang dilaburkan.

 

.

.

 

Macam mana Fortnite boleh jadi sangat popular dalam kalangan peminat permainan video?

 

🔥 Freemium

 

Fortnite tak dijual, sebaliknya pengguna boleh download secara percuma saja, berbanding dengan permainan video lain yang perlu dibeli dengan harga yang mahal.

 

Dengan cara ini mudah untuk mereka pengaruh peminat permainan video untuk download dan cuba main Fortnite.

 

🔥 Fortnite Dance Challenge

 

Antara sebab Fortnite menjadi sangat popular bukan saja dalam kalangan peminat permainan video adalah dengan adanya tarian dalam Fortnite yang unik.

 

Setiap kali satu pemain bunuh pemain lain, meraka boleh meraikan kejayaan itu dengan buat tarian dalam permainan video itu.

 

Tarian yang paling popular adalah tarian 'Take The L' yang dipopularkan selepas itu oleh pemain bolasepak Perancis, Antoine Griezmann di Piala Dunia 2018.

 

🔥 Launching setiap kali musim baru

 

Kebanyakan permainan video akan hanya buat launching masa awal pelancaran saja. Tapi berbeza dengan Fortnite, mereka akan umum musim baru setiap 10 minggu sekali. Sebelum mula musim baru, mereka akan jalankan kempen promosi secara besar besaran.

 

Ini akan membuatkan pemain sedia ada tak bosan dan teruja menunggu musim baru dan orang yang masih belum main juga akan rasa nak cuba main Fortnite.

 

🔥 Refferal

 

Walaupun bermula dengan pemain Fortnite yang tak ramai, tapi disebabkan mereka suka dan berpuas hati dengan 'gameplay' Fortnite, mereka akan berkongsi cerita dengan kawan-kawan.

 

Secara tak langsung, mereka sedang mempromosi Fortnite kepada kawan-kawan mereka. Ditambah pula dengan Fortnite boleh dimain secara percuma, jumlah pemain baru bertambah secara drastik.

 

Sampai pada satu tahap Fortnite ada pengguna aktif yang lebih ramai berbanding Netflix.

 

.

.

 

Kalau Fortnite boleh dimainkan secara percuma, macam mana Epic Games buat duit?

 

Mereka sediakan satu platform Battle Pass berbayar yang membolehkan pemain dapat kelebihan lebih baik dan progress lebih jauh berbanding pemain yang main secara percuma.

 

Setiap musim juga ada ganjaran yang terhad untuk satu musim tu saja. Ini menambah lagi keinginan orang untuk dapatkan Battle Pass untuk setiap musim dan fear of missing out (FOMO) untuk satu-satu ganjaran limited edition.

 

Strategi menawarkan tawaran berbayar untuk dapatkan kelebihan ini juga sekarang banyak digunapakai oleh developer permainan video lain.

 

Dah nama pun percuma, tak susah pun nak tarik ramai pemain untuk cuba.

 

.

.

 

Nampak tak?

 

Tawaran percuma boleh menambah prospek untuk jadi pelanggan.

 

Dan disebabkan percuma, takde alasan untuk prospek tolak tawaran ni.

 

Paling penting, ada strategi untuk hasilkan jualan di kemudian hari.

 

Suka dengan konten ini?

 

Silakan share ye.

 

#productlaunching

 

 

Klik Untuk Download Panduan Percuma Naikkan Sales 3 Kali Ganda Dalam Masa 7 Hari Sekarang

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product