Sudah Habis Teran Tapi Tak Keluar, Ini Petanda Sembelit Kronik! Atasi Dengan 5 Cara Ini

Sudah Habis Teran Tapi Tak Keluar, Ini Petanda Sembelit Kronik! Atasi Dengan 5 Cara Ini


Memang pedih dan perit setiap kali mengalami kondisi ini lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu cara mengatasi sembelit yang betul.

 

Ia sudah tentu akan menjadi lebih teruk jika kalian terkena kondisi sembelit kronik yang memerlukan perhatian perubatan lebih ketat.

 

Persoalannya, wujudkah petua hilangkan sembelit? Ada, jom ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

 

Apa itu sembelit?

 

Sembelit adalah kondisi di mana penderita mengalami kesukaran untuk membuang air besar ekoran najis yang terlalu keras.

 

Kebiasaannya, najis yang normal akan memiliki tekstur yang sedang-sedang (tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut).

 

Jika ia terlalu lembut, maka akan terjadi kondisi cirit-birit manakala sembelit pula akan berlaku jika tinja terlalu keras.

 

Kondisi ini sering kali dikaitkan dengan risiko buasir kerana penderita cenderung meneran dengan lebih kuat ketika membuang air besar.

 

Persoalannya, apakah simptom dan punca ia berlaku?

 

Simptom akan terjadi…

 

Kekerapan membuang air besar adalah berbeza bergantung kepada individu kerana ada yang akan ke tandas untuk ‘hajat besar’ 3 kali sehari, 3 kali seminggu dan pelbagai lagi tempoh lain.

 

Jadi, mungkin definisi sembelit itu sendiri adalah berbeza di antara setiap individu ekoran kekerapan membuang air besar yang tidak sama dengan orang lain.

 

Namun ada beberapa simptom yang boleh diperhatikan jika terkena kondisi ini, iaitu:

 

Kurang 3 kali seminggu membuang air besar

Sukar untuk membuang air besar

Sakit ketika membuang air besar

Najis menjadi terlalu keras

Rasa kenyang walaupun sudah membuang air besar

Mengalami masalah rektum tersumbat

 

Dalam pada itu, ada juga individu yang akan mengalami buasir ekoran perbuatan meneran terlalu kuat ketika proses membuang air besar.

 

Punca ia berlaku…

 

Penyebab sebenar kepada masalah ini adalah najis yang menjadi terlalu keras dan tidak mampu melalui rektum dengan lancar untuk dibuang.

 

Ia sering kali dikaitkan dengan masalah pada fungsi usus yang sangat bergantung kepada usia, aktiviti seharian dan situasi persekitaran.

 

Berikut adalah beberapa faktor risiko yang mengakibatkan kondisi ini:

 

Diet rendah serat

Diet tinggi lemak

Dehidrasi

Pengambilan ubatan tertentu

Kehamilan

Kelahiran

Melancong

Masalah kesihatan lain

 

Tabiat tidak sihat seperti menghisap rokok dan meminum alkohol juga dipercayai mampu merosakkan usus lantas menyebabkan kondisi ini.

 

Bagaimana cara mengatasi sembelit kronik?

 

Namun kalian tidak perlu terlalu risau kerana terdapat beberapa petua mengatasi sembelit yang boleh dicuba.

 

#1. Minum air dengan cukup

Dehidrasi adalah antara punca utama kondisi ini terjadi ekoran tubuh badan kekurangan air untuk melembutkan dan melancarkan pergerakan najis.

Oleh itu, minum air dengan secukupnya sudah pasti boleh membantu.

 

#2. Makan serat dengan ideal

Serat adalah sebatian di dalam beberapa jenis makanan tertentu yang sangat membantu dalam memastikan usus sentiasa berfungsi dengan baik.

Oleh itu, makan serat dengan secukupnya untuk usus yang lebih sihat.

 

Cara mengatasi sembelit #3. Jangan tahan

Perbuatan ini tentu sahaja akan menjejaskan usus dan membuat tinja di dalamnya tersekat atau tersumbat lalu menyebabkan sembelit.

Disebabkan itu, jangan sesekali anda cuba untuk tahan daripada membuang air besar terutamanya dalam tempoh waktu yang terlalu lama.

 

#4. Bersenam dengan lebih kerap

Kelancaran pergerakan najis di dalam usus juga sebenarnya akan banyak dipengaruhi oleh pergerakan tubuh badan anda secara umumnya.

Cuba untuk tidak terlalu malas dengan hanya baring atau duduk sahaja dan bersenamlah dengan lebih kerap untuk kesihatan tubuh badan secara total.

 

Petua hilangkan sembelit #5. Julap

Sekiranya anda sudah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi sembelit namun tidak berhasil, julap mungkin adalah pilhan terakhir buat anda.

 

Julap boleh didapati di farmasi atau klinik namun kalian disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

 

Paling penting dan utama, ubahlah gaya hidup anda dan berhenti daripada melakukan tabiat buruk seperti menghisap rokok dan meminum alkohol untuk tubuh badan yang lebih sihat dan kuat!

Credit Content Hello Doktor

 

Semoga Bermanfaat, Sila Share
 
NAK ATASI MASALAH GASTRIK GERD? KLIK SINI