Jawapan pendek : Lupakan je lah.. cari produk lain
Jawapan panjang : Takde produk yang perfek pun.. apatah lagi kalau produk yang kita jual orang lain ada jual.. isu harga lebih murah ni memang susah nak elak.. HQ pun ada pesaing yang jual lagi murah... agen pun ada isu agen lain jual murah.. ditambah pulak dengan kehadiran shopee dan lazada... amik borong sendiri kat china pun still ada org lain yg boleh jual lagi murah...
Buat lah branding ke logo sendiri ke apa.. akan ada produk yg lebih kurang sama tapi brand lain dan dijual pada harga lebih murah juga..
Kalau disebabkan org lain jual lebih murah kita jadi takut nak menjual.. maka tak usah lah menjual.. sb benda tu memang tak boleh elak pun..
Jadi solusi dia.. kalau tak nak pening.. carilah produk lain yang tak ramai org main harga lagi walaupun pada masa akan dtg benda tu akan tetap jadi lagi..
Ataupun jual je tapi guna strategi yang berbeza.. tengok lah org lain kenapa dia boleh jual lebih mahal.. tengok lah offer apa dia bagi.. apa cara marketing dia... benda tu kan boleh belajar.. mahu atau tidak je..
(Klik)>>> Panduan Affiliate Klikjer Profit <<<
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video