Saranan Makanan Untuk Pesakit Gout
▶️ Organ dalaman – elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, paru, perut, limpa dan lain-lain : ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.
▶️ Daging merah – hadkan pengambilan daging lembu, kambing dan khinzir.
▶️ Makanan laut – sesetengah jenis makanan laut seperti ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi berbanding yang lain. Akan tetapi, kebaikan pengambilan ikan adalah lebih banyak berbanding risiko bagi pesakit gout. Pengambilan ikan secara sederhana adalah disarankan.
▶️ Sayur-sayuran tinggi purin – kajian telah menunjukkan bahawa kandungan purin dalam sayur-sayuran seperti bayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.
▶️ Alkohol – Bir dan likuor meningkatkan risiko penyakit gout dan serangan gout berulang. Pengambilan wain secara sederhana pula tidak meningkatkan risiko serangan gout. Elakkan alkohol semasa serangan gout berlaku, dan hadkan alkohol, terutamanya bir pada masa lainnya.