Rendah Margin Tipis Online

Rendah Margin Tipis Online

“Buat bisnes online memang bagus ada website sendiri tapi kalau jual barang murah tidak berbaloi dengan kos bina website yang tinggi.”

 

Sejauh manakah kebenaran pernyataan ini?

 

Ramai yang tahu peranan penting website dalam mengautomasikan bisnes online tetapi masih memilih untuk tidak mempunyai website sendiri kerana risau ianya tidak berbaloi dengan modal yang dilaburkan, terutama mereka yang menjalankan bisnes kecil-kecilan atau menjual produk harga rendah, margin untung kecil.

 

Ya, memang benar kos untuk bina website tinggi, apatah lagi jika website yang ada fungsi menjual, boleh buat bayaran on the spot seperti website jenis ecommerce. Sekilas pandang, ada benarnya pernyataan di atas ini.

 

Walaupun begitu, anda tidak perlu ketepikan terus soal website ini anya kerana isu tidak berbaloi ini. Masih ada cara lain untuk automasikan bisnes anda tanpa kos yang tinggi, termasuklah jika anda menjual produk harga rendah, margin untung kecil sekalipun.

 

Apakah caranya?

 

Katakan Makcik Senah, sepupu kepada Makcik Kiah, mempunyai sebuah kedai menjual aksesori mesin jahit dan aneka barang jahitan seperti jarum, benang, gunting, tapak mesin, pita pegukur dan bermacam-macam lagi barang berkaitan dunia jahitan yang lain.

 

Sebelum PKP, Makcik Senah memperolehi jualan daripada pelanggan yang datang ke kedai dan juga daripada tempahan online. Apabila kedai terpaksa ditutup untuk mematuhi arahan PKP, Makcik Senah tiada pilihan lain melainkan menjual sepenuhnya secara online.

 

Jika sebelum ini pelanggan boleh datang ke kedai hanya untuk membeli beberapa batang jarum atau gelung benang, apabila beroperasi 100% online, belian jarum atau benang dalam kuantiti yang sedikit terasa mahal kerana penambahan kos penghantaran. 

 

Ini membuatkan jualan kedai makcik Senah jatuh merundum. Makcik Senah juga penat melayan pertanyaan-pertanyaan pelanggan di WhatsApp.

 

Apa yang Makcik Senah boleh buat dalam situasi ini?

 

Pertama sekali, Makcik Senah boleh perkenalkan jualan aksesori mesin jahit dan barang jahitan dalam bentuk pakej. Teknik ini dipanggil Bundle Pricing Strategy di mana Makcik Senah gabungkan beberapa produk untuk dijual dalam satu pakej. 

 

Contohnya pakej jarum + benang + penggulung benang (bobbin) dan tetapkan harga jualan yang lebih rendah berbanding jika membeli ketiga-tiga produk ini secara berasingan.

 

Kedua, Makcik Senah boleh menggunakan servis penyedia perkhidmatan pos, kurier dan penghantaran barang berkonsepkan one-stop center yang menggabungkan beberapa syarikat kurier di bawah satu bumbung seperti EasyParcel, Delyva dan Shippop. 

 

Caj penghantaran yang dikenakan di website ini lebih murah daripada jika berurusan langsung dengan pihak kurier. Servis pick up juga disediakan secara percuma.

 

Ketiga, Makcik Senah boleh upah seorang pembantu khas untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan pelanggan di WhatsApp dan seorang lagi untuk uruskan pembungkusan dan pengeposan tempahan.

 

Keempat, Makcik Senah boleh guna sistem menguruskan tempahan seperti Ordersini. Masukkan pakej-pakej yang Makcik Senah mahu jual, tuliskan detail pakej sejelas-jelas yang mungkin. Makcik Senah tidak perlu risau soal terima bayaran dan penghantaran kerana kedua-duanya sudah diintegrasikan di dalam sistem Ordersini.

 

Makcik Senah juga boleh rujuk rekod jualan untuk melihat pakej mana yang banyak terjual dan boleh sesuaikan inventori stok mengikut data rekod jualan. Selain daripada itu, Makcik Senah boleh buka peluang perniagaan dengan menawarkan program affiliate dan dropship.

 

Yang paling penting sekali, Makcik Senah tidak perlu keluarkan modal awal untuk semua kemudahan ini, ianya percuma. Makcik Senah hanya dikenakan caj apabila berlaku transaksi. 

 

Jadi Makcik Senah sudah tidak perlu pembantu khas, atau mungkin hanya perlu staf untuk buat kerja membungkus tempahan.

 

Jika anda juga seperti Makcik Senah, jual produk harga rendah, margin untung kecil, anda boleh cuba tips yang kami kongsikan di atas. Semoga urusan bisnes anda dipermudahkan.

 

 

 

 

>>> Free Download Ebook & Video Tutorial Ordersini <<<

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product