Rasa Macam Terkena Sihir Buatan Orang

Rasa macam terkena sihir buatan orang

Rasa macam terkena sihir buatan orang, sangkaan meleset apabila 3 tahun buat tak endah simptom gerd, gastrik, angin dan kembung, akhirnya usus berdarah. Ayah aku berdepan mimpi ngeri dengan kesihatan dia. Sekali kena, serik, ngeri dan pengalaman tak dapat dilupakan.

 

Kali pertama ayah kena gastrik & gerd adalah dalam 2 tahun lepas. Waktu tu ayah tak ambil kisah katanya mungkin masalah penghadaman yg biasa.

 

Ada sekali tu, ayah sedang menyiram pokok dekat luar rumah. Tengah sembang-sembang dgn aku, tiba-tiba dia rasa jantung berdebar laju. Ayah bagitahu aku. Panik sekejap. Aku pula dah fikir ayah nak kena serangan jantung ke. Tuhan sahaja tahu rasa macam mana waktu tu. Risau kot dekat ayah sebab umur dia baru saja 68. Ayah tak pernah sakit tiba-tiba jantung berdebar, mana tak panik kan? Terus aku call ambulan & bawa ayah ke hospital malam-malam tu juga.

 

Itulah kali pertama aku merasa naik ambulan. Malam tu juga terus dikejarkan ke HKL. Setelah diperiksa, ECG, tekanan darah, scan organ, ujian darah, semuanya normal. Jadi doktor cuma bagi ubat dan melepaskan ayah sebagai pesakit gastrik sahaja.

 

Episod sengsara ayah bermula, setelah seminggu ambil ubat, simptom tak berkurangan malah semakin teruk. Apa yang aku ingat ketika itu, selama 2 minggu, ayah kuat sakit perut, muntah-muntah, perut kembung & vertigo yg macam pening kepala tu. Kadang-kadang ayah sampai terlantar bila serangan datang. Ya betul-betul terlantar. Sesak nafas, rasa tercekik, sakit kepala, lemah yang teramat sangat, sakit dada. Emosi apatah lagi. Rasa sugul, muram dan sedih setiap masa. Sambil terbaring tu ayah selalu marah-marah & mengamuk sebab memikirkan tak boleh nak buat kerja satu apa pun. Aku pula bekerja. Keluarga pun jauh-jauh nak minta tolong susah.

 

Tak tahan lagi, bawa ayah ke klinik swasta pula. Ayah ceritakan dari awal sampai akhir, termasuklah rasa yang teruk pedih perut atau pedih ulu hati. Seperti biasa diberikan lagi ubat gastrik dan aku bawa ayah pulang. Sejak tu hampir setiap hari ayah kena serangan dan ahli keluarga syak mungkin ayah kena buatan orang. Ahli keluarga cadangkan suruh berjumpa dengan ustaz dengan harapan dapat berubat supaya ayah kembali sihat. Waktu tu aku masih tidak yakin bahawa ayah kena buatan orang jadi aku minta pendapat doktor apa patut aku lakukan. Doktor kata buat endoskopi untuk lihat keadaan dalam perut ayah. Jadi aku setkan apointment untuk ayah.

 

Ini kali pertama ayah buat ujian endoskopi dengan pakar gastro. Dan keputusannya ketika itu adalah tidak berapa memuaskan dan tiada jangkitan pylori dikesan. Doktor hanya mengatakan ada kesan kemerahan di dinding esofagus dan perut ayah ada ulser dan luka berdarah. Sebab tu baru perasan ayah selalu complain kata warna najis dia gelap dah hitam. Ayah bagitahu doktor dia sering sesak nafas tapi doktor menidakkan simptom tersebut dan katanya, itu hanya perasaan ayah. Buat X-ray memang semuanya normal. Tetapi kenapa sesak nafas, masih tak tahu kenapa. Bayangkan selama setahun lebih, setiap kali ayah tarik nafas, dia akan perasan. Tak boleh tarik dalam-dalam. Bercakap pun macam tak cukup nafas.

 

Rawatan demi rawatan, sejak serangan pertama kesihatan ayah turun naik. Ya, simptom dah tak seteruk dulu tapi masih mengganggu rutin. Sentiasa sesak nafas. Pedih ulu hati atau perut memang kurang. Ubat ada yang membantu ada yang tidak. Dari yang dos rendah sehingga dos tinggi dan pelbagai jenama ayah cuba sampailah akhirnya jumpa yang sesuai dengan simptom. Walaupun dah semakin baik tapi masih belum tahap memuaskan.

 

Sampailah satu ketika, aku terdetik, sampai bila ayah nak kena makan ubat. Aku suka mengkaji apa yang tubuh kita rasa dan alami. Apa lagi bila terlalu ramai yang kena masalah gastrik terutama sekali ayah aku. Jadi lebih terdorong nak tahu lebih banyak. Setelah baca, mengkaji, rupanya kesan ubatan untuk jangkamasa panjang sangat bahaya. Aku juga beli buku kajian dari pakar perubatan luar negara untuk tahu apa kesan ubatan dan sudah tentu, seperti yang dijangka, tidak baik.

 

Ianya seperti kitaran yang tak akan berhenti, kalau ada gastrik & gerd, kita hanya ambil ubat yang boleh mengurangkan simptom dan pada masa yang sama mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan gastrik dan gerd kembali.

 

Adakah suplemen herba membantu? Sejak gastrik ayah tidak sembuh sepenuhnya, kenalan sekolah aku ada bercerita berkenaan ekstrak herba bijan hitam ni. Boleh dikatakan aku jenis yg tidak percaya sangat dengan herba-herba ni. Kalau betul-betul berkesan kenapa tak digunakan di hospital ye tak? Boleh bantu ramai yg ada pesakit di hospital tu. Tapi mengenangkan episod sakit ayah yg takde penghujung ni, aku tawakkal je utk cuba, yelah kita org islam sentiasa percaya yg setiap penyakit ni ada penawar. Yg penting usaha utk ikhtiar cari penawar yg serasi. Man jadda wa jada. Setiap yg usaha pasti berhasil. Jadi aku pun terus dapatkan ekstrak herba jintan hitam ni dari pembekal kawan aku tu.

 

Mula-mula herba tu sampai ayah aku dah bising-bising tak nak makan sebab katanya dia sudah telan macam-macam ubat sampai sehingga benci tengok apa-apa jenis ubat pun. Pujuk punya pujuk dia beralah sebab kesian pada aku ni hari-hari risau pasal dia. Lepas sekali makan tu aku bagi dia waktu pagi, petang tu dia bagitahu selalu rasa sebu perut kembung kurang. Yg lawak tu aku dengar berapa kali dia buang angin. Rasa berdebar jantung laju tu awal-awal tu aku check biasa kalau dia berdebar tekanan darah pun naik sekali. Ni aku check guna BP monitor tu tekanan dia jadi normal. Ayah teruskan makan setiap pagi. Masuk hari ke-5 dia makan, sebelum aku pergi kerja, ayah bagitahu rasa perut macam kena hiris tu dah tiada lagi.

 

Allahuakbar. Memang syukur sangat sebab bila dia cakap perut kena hiris tu aku kesian sangat. Dapatla aku pergi kerja dgn tenang lega. Sekarang ayah dah amalkan dalam 3 bulan. Alhamdulillah semua simptom-simptom sebelum ni dah hilang, paling kuat dah sembuh, ada sendawa je. Ayah pun dah makin sihat, dah boleh sambung hobi dia bercucuk tanam di luar rumah. Sekarang dah jadi kebun sayur aku tengok. Macam-macam jenis sayur herba pula dia tanam belakang rumah. Makin advance ayah!

 

Moral of the story, kalau kawan-kawan yg ada masalah macam ayah aku, pastikan jangan lengah-lengahkan masa untuk merawat. Setahu aku kalau dah melarat boleh jadi sampai barah. Oh ya berkenaan dengan ekstrak herba bijan hitam tu jugak korang boleh cuba, mana tahu dapat membantu, setakat ni ayah memang makan herba ni sehingga sekarang. Aku tinggalkan wasap no pembekal ni mungkin kawan-kawan boleh cuba. Sangat mujarab!. Try wasap dia terus dia sini  . Semoga perkongsian ini dapat manfaat pada kawan-kawan semua supaya mengambil berat kesihatan badan terutama pemakanan kita.

 

Sekian wassalam. Semoga semua sihat. Tolong share supaya lebih ramai dapat manfaat.