Petua Hilangkan Resdung

Petua Hilangkan Resdung

 

Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.

 

Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin. Tak de lah lagi resedung resdung ni.

 

Petua dia macam ni:

 

1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan macam kita dok tengok rancangan memasak tu.

 

2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minitatau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur tu.

 

3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau Cover kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.

 

4) Sedut bau yang keluar dari wap tu. Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.

 

Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.

 

Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.

 

DrRizal Abu Bakar

Semoga Bermanfaat, Sila Share
 
Khairul Iqbar Afyaa Trusted Seller