Peniaga Online Kini Boleh Terima Pembayaran Melalui 7 Payment Gateway Berbeza

Peniaga Online Kini Boleh Terima Pembayaran Melalui 7 Payment Gateway Berbeza

Ini ialah perkembangan terbaru dan paling besar yang pernah dilakukan oleh Software Engineer Ordersini.

 

Sepanjang 10 hari bekerja keras, akhirnya peniaga online dan pengguna Ordersini dapat integrate 5 payment gateway tambahan baru dan menjadikan jumlah keseluruhan gateway yang anda boleh masukkan ialah 7 gateway.

 

 

Kami sudah menambah 5 gateway baharu ke dalam sistem Ordersini iaitu:

 

Bizappay – Sistem gateway yang menerima pembayaran melalui FPX dengan caj transaksi Rm1 sahaja

 

Senangpay – Payment gateway yang didatangkan sekali dengan pengurusan tempahan. Dikenakan caj RM300-1500 setahun mengikut pakej.

 

Raudhahpay – Gateway yang dikeluarkan oleh Brainy Brunch untuk pengurusan pembayaran bil di cawangan tadika BrainyBrunch. Sekarang sudah dibuka untuk kegunaan orang ramai. Menerima pembayaran melalui FPX dan juga credit card.

 

Stripe – Stripe ialah gateway baru di Malaysia yang menerima pembayaran melalui FPX & credit card. Digunakan secara meluas di seluruh dunia dengan settlement yang pantas.

 

Paypal – Sistem payment gateway yang menerima pembayaran dengan transaksi email sahaja. Hanya boleh digunakan melalui connection melalui debit card atau credit card anda.

MULA SETUP GATEWAY KEGEMARAN ANDA!

 

Anda boleh setup akaun payment gateway yang anda ada di menu Account Setting > Payment Gateway

 

Arahan untuk integration telah diberikan di halaman tersebut. Jika anda menghadapi sebarang masalah untuk integrate, sila hubungi pihak admin dengan kadar segera melalui menu support atau borang feedback

 

TUTORIAL PENUH AKAN MENYUSUL KEMUDIAN
 

Teruskan bersama kami untuk sebarang kemaskini & berita terbaru mengenai Ordersini.

 

 

 

 

>>> Free Download Ebook & Video Tutorial Ordersini <<<

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product