Nak orang beli? Faham dulu sifat 'orang' tu!
Ramai seller nak orang beli produk atau servis yang mereka jual. Tapi, tak ramai seller yang cuba nak paham sifat ‘orang’ tu.
Saya nak cerita perangai manusia yang anda kena hadam untuk anda lebih faham siapa sebenarnya sasaran pelanggan anda. Sasaran pelanggan anda adalah manusia dan…..
1. Manusia berfikir secara bias (berat sebelah)
Meskipun anda rasa produk anda terpaling sedap, terpaling berkualiti dan terpaling menambah nilai dalam hidup pelanggan tapi manusia ni berfikir secara bias aka berat sebelah.
Mereka akan lebih terpengaruh dengan cakap-cakap orang sekeliling dan orang terdekat dengan mereka sahaja.
Manusia malas nak fikir panjang dan nak cepat buat keputusan. Mereka nak membeli dengan pantas. Jadi, mereka buat keputusan berdasarkan apa yang mereka biasa dengar di telinga mereka sahaja.
2. Manusia lebih terliur bila limited (terhad)
Ingat tak fenomena tudung Fareeda sampai orang ramai bermalam di kaki lima depan kedai Fareeda semata-mata nak dapatkan tudung Fareeda?
Atau fenomena Sambal Nyet by Khairul Aming yang sold out di Shopee sebanyak 10 ribu botol dalam masa sejam saja.
Situasi tersebut menunjukkan manusia lebih terliur bila mereka tahu apa yang mereka bakal miliki adalah limited edition. Mereka nakkan exclusivity itu. Mereka nakkan ‘kelayakan’ tu.
Mungkin anda kata “Apalah susah-susah bukan takda sambal lain, bukan takda tudung lain kat market” tapi itulah hakikat sifat manusia yang perlu anda terima.
3. Manusia suka bila seller jadi manusia
Manusia suka kan personal touch. Contoh, jika anda ke Uniqlo anda akan disambut dengan laungan “Welcome To Uniqlo” oleh pekerja kedai Uniqlo.
Begitulah juga anda perlu santuni pelanggan walaupun secara maya. Jadi manusia.
Bukan bila orang PM “Sis, saya minat nak beli cookies” anda lantas bagi nombor bank akaun macam robot dan balas “RM26 masuk postage ke semenanjung ya sis”
Jika anda jawab keras dan tak jadi ‘manusia’ bila pelanggan WhatsApp anda jangan pelik kenapa mereka terus menyepi.
Cuba jawab “Okay baik boleh sis, sis tinggal di mana ya, kalau dekat boleh saya COD :) ”. Kan lebih mesra tu.
Jangan rasakan anda lebih autoriti terhadap pelanggan tapi merekalah sebenarnya yang ada kuasa autoriti kerana memilih anda berbanding jutaan dan lambakan seller lain.
Boleh juga gunakan emoticon untuk bantu rapatkan jurang dan buat pelanggan lebih selesa untuk berurusan dengan kita. Bezakan dua frasa ayat di bawah ini hanya dengan kuasa emoticon:
“Terima kasih sebab sudi beli cookies saya 😊” dan “Terima kasih sebab sudi beli cookies saya”
Mana satu lebih menyejukkan hati anda?
Hmmmm.. Banyak lagi sifat manusia yang saya nak kongsi.
Kalau anda nak saya teruskan reply email ni cakap ‘TERUSKAN TUAN’ barulah rajin saya nak menulis lagi. Hehe.
Credit Content Hasbul Brothers
Nak Naikkan Sales? Klik
Seminar Percuma STRATEGY LEDAK SALES DI BULAN RAMADHAN
Shopee Hero Download percuma di sini
Belajar Lebih Banyak Tentang Shopee Di Sini
Pastikan Join, Unmuted & Pin Channel Telegram Mudahnya Berniaga Di Shopee
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video