Cuba bayangkan anda masuk ke dalam sebuah kedai buku yang terkenal. Sewaktu anda sedang membelek-belek buku, tiba-tiba anda ternampak sebuah buah dengan nama anda diletakkan sebagai cover bukunya.
Rasa teruja dan gembira, bukan?
Alhamdulillah, itulah yang saya rasai sewaktu melihat nama saya terpapar pada cover buku sebagai penulis.
Ya, mahu jadi penulis buku bukannya mudah. Syarikat penerbitan tidak akan mudah-mudah menerima manuskrip anda untuk mereka terbitkan.
Saya sendiri selepas bertemu dengan Pak Latip, saya bersemangat hasilkan manuskrip penuh, lalu dihantar ke syarikat penerbitan.
Tapi hampa, ianya ditolak
Saya hasilkan lagi manuskrip penuh yang kedua, ketiga dan keempat, pun turut ditolak mentah-mentah.
Akhirnya barulah saya tahu cara agar pihak publisher mahu menerima manuskrip kita untuk diterbitkan.
Macam mana?
Dengan cara kita tackle editor!
Editor adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menolak atau menerima hasil sesuatu karya.
Kalau kita dapat tahu apa yang mereka mahu, maka karya kita sebenarnya akan menjadi lebih mudah untuk diterbitkan.
Alhamdulillah, semenjak saya tahu cara ini, kesemua manuskrip saya diterbitkan. Malah pihak editor bersama Pengurus Besar Penerbitan bertemu dengan saya untuk membincangkan buku yang bakal diterbitkan lagi pada masa akan datang.
Alhamdulillah.
Sejujurnya, ilmu ini sangat mahal.
Namun, saya ingin kongsikan ilmu ini dengan anda!.
Saya telahpun menuliskan ilmu ini di dalam ebook "Sukses Writer"..
Anda boleh dapatkan ebook tersebut menerusi link disini!
Moga ianya bermanfaat buat anda dan kita semua, amin.
Credit Content Hamid Addin
Ghostwriter Expert
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video