Mindset proses bisnes yang betul bermula dari fasa inception (baru wujud) sehingga fasa maturity (matang)
Yang saya share tadi adalah mindset proses bisnes atau turutan fasa-fasa bisnes yang betul. Inilah hakikat perjalanan bisnes. Ikut proses turutan yang betul. Bila kita langkau, huru hara jadinya. Saya umpamakan ia sebagai 'Bisnes Kais Mengais'. Next week WAR saya share mindset bisnes yang betul. :
1. INCEPTION/BARU WUJUD - FASA KAIS PAGI MAKAN PAGI
+ Owner/Pendiri buat segalanya. Dialah pilot kapal terbangnya dan dia jugalah menjaga penumpang dan kapal terbangnya.
+ Penat bukan kepalang. Mengah tak terkata.
+ Ambil staff pun yang mampu bayar sahaja dan buat kerja-kerja berulang bersama kita.
+ Pendapatan bisnes ibarat cukup bayar gaji sendiri dan staff awal dalam seorang dua serta simpanan.
2. SURVIVAL/TERUS HIDUP - FASA 'KAIS BULAN MAKAN BULAN'
+ Pendiri berfungsi sebagai pengurus. Urus staf buat duit dan kita juga buat duit.
+ Staff ganti kita buat kerja berulang bawa duit masuk dan ada sedikit buat kerja-kerja pengurusan.
+ Pendapatan boleh tampung staff hingga 5-10 orang dan kos pelbagai (bergantung kepada jenis bisnes).
3. GROW/PERTUMBUHAN- FASA 'KAIS SETAHUN MAKAN SETAHUN'
+ Pendiri bisnes sebagai strategis bisnes
+ Banyak kerja kerja pelaksanaan dan kuasa kita sudah diturunkan kepada ketua pelaksana (CXO).
+ Pendapatan boleh tampung staff hingga 10-30 orang dan kos pelbagai (bergantung kepada jenis bisnes).
4. EXPANSION/BERKEMBANG - FASA 'KAIS SETAHUN MAKAN BERTAHUN’
+ Pendiri sebagai pemimpin bervisi lebih jauh.
+ Kita banyak fokus kepada pembangunan organisasi sebagai sebuah institusi. Ada banyak syarikat.
+ Pendapatan syarikat sudah ditahap dapat melabur ke dalam bisnes atau syarikat lain.
5. MATURITY/MATANG = FASA 'MAKAN SAHAJA TAK PERLU KAIS’
+ Pendiri sudah menjadi pelabur.
+ Kita fokus kepada duit beranakkan duit.
+ Pendapatan syarikat sudah nampak jelas pertumbuhan kenaikan keuntungan yang konsisten. Jika turun sekalipun sudah sedia dengan strategi baru dan segar mahu teruskan atau keluar (exit).
Begitu adanya.
Credit Content Cikgu Maisarah
Nak Naikkan Sales? Klik
Seminar Percuma STRATEGY LEDAK SALES DI BULAN RAMADHAN
Shopee Hero Download percuma di sini
Belajar Lebih Banyak Tentang Shopee Di Sini
Pastikan Join, Unmuted & Pin Channel Telegram Mudahnya Berniaga Di Shopee
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video