Masih Relevan Lagi Ke Strategi Marketing Selit Komen ‘tumpang Iklan’ Di Media Sosial?

Masih relevan lagi ke strategi marketing selit komen ‘tumpang iklan’ di media sosial?

Masih relevan lagi ke strategi marketing selit komen ‘tumpang iklan’ di media sosial?

 

Rata-rata posting yang bersifat viral akan di’tumpangi’ oleh ribuan komen ‘tumpang iklan’. Jika anda tengah kusyuk melayan berita hangat di sosial media, adakah anda akan tertarik dengan komen dari seller yang nak tumpang iklan produk atau servis yang mereka tawarkan?  

 

Maka, dengan memaparkan imej anda sebagai penjual tumpang iklan di medium mana sekalipun tidak kisahlah di Facebook, WhatsApp Group sekolah, Telegram Group komuniti setempat hanya buat orang kurang senang.  

 

Anda hanya dipandang sebagai seller yang hanya mementingkan diri dan hanya tahu nak untung sahaja. Jom kita baca kenapa:

 

1. Kepercayaan

 

“Tumpang iklan, open order! Semperit RM30 50 pieces, confirm sedap terangkat punya, lenyap di mulut, crispy di luar”

 

Jika anda baca komen tumpang iklan ini sudah pasti anda akan ragu-ragu apa yang ditulis pasal produknya tu sama ada betul atau tak kan?

 

Mungkin peniaga tu kata dia penjual semperit tersedap abad ini. Tapi, bagaimana nak buat orang percaya dengan kenyataan itu?  

 

Lainlah jika seller itu tumpang iklan di group komuniti yang dah ‘berkenalan’ dengan kuih semperitnya tu!

 

2. Kredibiliti

 

“Dia ni tiba-tiba je”. Saya percaya ini adalah rungutan majoriti audien yang baca posting atau komen berkonsepkan tumpang iklan.

 

Ingat, tanpa bina kredibiliti bisnes, anda sukar nak menjual. Jadi tak hairanlah posting tumpang iklan  tu tak berjaya memancing satu pelanggan pun!  

 

Maka, bina dahulu krebiliti jika nak pelanggan membeli.  

 

3. Selesa

 

Situasi ini mungkin berlaku kepada anda. Anda akan repeat order dari seller sama berkali-kali yang anda dah percaya. Sebab, anda dah selesa dengan produk dan servis yang ditawarkan.  

 

Sukar pelanggan nak buat keputusan beli dengan seller yang mereka tak kenal atau tak ‘selesa’ lagi.  

 

4. Adakah anda pilihan terbaik mereka?

 

Posting tumpang iklan akan segera di-scroll selaju mungkin kerana mereka tahu seller tersebut bukan pilihan terbaik mereka.  

 

Ramai lagi yang peniaga lain yang lebih dipercayai dan mereka rasa tidak menjengkelkan untuk berinteraksi dan membeli.

 

5. Berbaloi tak apa yang dibayar?

 

Pelanggan juga akan ragu-ragu dengan nilai yang mereka dapat melalui pembelian dari posting tumpang iklan. Adakah berbaloi dengan duit yang dibayar?  

 

Katakanlah ayat tumpang iklan itu berbunyi begini:

 

“Salam besok saya open order colek buah ye.. kalau ade yg nak selit order boleh wasap saya, area Subang only😚”

 

Tanpa pelanggan kenal siapa kita, sedap tak colek buah yang dibuat, adakah pelanggan akan sewenang-wenangnya menghulurkan wang dan terus nak order?  

 

Jadi saya nak tanya balik pada anda,  masih relevan lagi ke strategi marketing selit komen ‘tumpang iklan’ di media sosial?

 

Credit Content  Hasbul Brothers
 

Nak Naikkan Sales? Klik

 

Seminar Percuma STRATEGY LEDAK SALES DI BULAN RAMADHAN

 

Shopee Hero Download percuma di sini

 

Belajar Lebih Banyak Tentang Shopee Di Sini

 

Pastikan Join, Unmuted & Pin Channel Telegram Mudahnya Berniaga Di Shopee

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product