Maklumat Menjadi Affiliate Khairul Iqbar

Maklumat Menjadi Affiliate Khairul Iqbar

6 SEBAB ANDA PERLU MENYERTAI PROGRAM AFFILIATE KHAIRUL 
IQBAR

 

SISTEM BERPUSAT

Kami menggunakan konsep sistem affiliate Ordersini. Bermaksud, anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja akaun Ordersini, kemudian, anda boleh promosikan promosi produk yang berkualiti dengan cari di Marketplace Affiliate Ordersini. Tidak perlu lagi untuk mendaftar berulang-ulangkali setiap kali anda ingin mempromosikan sesuatu produk sebagai affiliate..

 

KOMISYEN 50%

Setiap jualan yang terhasil dari link affiliate anda, anda akan menerima komisyen sebanyak 50% dari harga jualan produk tersebut. Ia adalah komisyen yang sangat tinggi!!

 

KEAHLIAN PERCUMA!

Tiada sebarang yuran dikenakan untuk menjadi affiliate, malahan, anda juga tidak diwajibkan untuk membeli semua produk yang ingin anda promosikan.

 

ALAT PEMASARAN DISEDIAKAN

Setiap produk disertakan juga dengan bahan-bahan promosi yang menarik seperti gambar, video & copywriting dan sebagainya. Ianya memudahkan anda untuk melakukan aktiviti promosi.

 

BAYARAN AUTO BULANAN

Ya! Komisyen anda akan dikreditkan terus ke akaun anda. Payout/settlement/komisyen akan dibayar setiap hari selepas jualan berjaya di sahkan pembayaran dalam masa 24 - 48jam.. Tanpa minimum payout komisyen, setiap sen komisyen anda kami akan bayar. Jadi, pastikan maklumat perbankan anda adalah tepat sewaktu mengisi borang pendaftaran ordersini!.

 

MUDAH MEMBUAT JUALAN

Setiap produk kami dijual menerusi website jualan minisite Ordersini yang telah terbukti sebagai model website yang mempunyai "conversion rate" yang tertinggi di dalam mendapatkan jualan. Malahan, pihak kami sentiasa memperbaiki setiap website jualan dari semasa ke semasa.

SOALAN LAZIM AFFILIATE! (FAQ)

 

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang sering diterima oleh pihak kami berkenaan menjadi affiliate Khairul Iqbar.

 

S : Apa itu Affiliate?

J : Affiliate ialah seseorang individu yang memperolehi komisyen bagi setiap jualan yang berlaku hasil dari aktiviti mereka mempromosikan sesuatu produk kepada orang ramai. Bahasa mudahnya, affiliate adalah seperti agen jualan.

 

S : Siapakah yang boleh mendaftar menjadi Affiliate?

J : Buat masa ini, keahlian affiliate kami hanya dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja yang berumur 13 tahun ke atas yang ada akaun bank.

 

S : Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai Affiliate?

J : Pendaftaran sebagai ahli affiliate adalah percuma. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

 

S : Bagaimana saya boleh menjana pendapatan sebagai Affiliate?

J : Sebagai affiliate, anda perlulah mempromosikan produk kami. Anda akan memperolehi komisyen bagi setiap jualan yang berlaku hasil dari usaha promosi anda.

 

S : Bagaimana pihak Khairul Iqbar mengesan jualan hasil promosi saya?

J : Pihak kami mempunyai sistem tracking Ordersini yang canggih. Dimana, cookies yang mengandungi id anda akan ditanamkan di dalam komputer pembeli apabila mereka klik pada link afiliate anda. Cookies ini tidak akan luput buat selama-lamanya (kecuali dipadamkan oleh pemilik komputer). Apabila pembeli membuat belian (mungkin seminggu, sebulan atau setahun selepas itu), sistem kami akan mengesan semula id affiliate anda yang terdapat pada cookies tersebut dan seterusnya, mengkreditkan jualan itu sebagai jualan anda.

 

S : Berapakah hasil pendapatan yang boleh saya perolehi?

J : Ianya tiada had, semakin banyak jualan yang berjaya anda hasilkan, maka semakin banyaklah komisyen serta pendapatan yang akan anda perolehi.

 

S : Bilakah saya akan dibayar / menerima komisyen saya?

J : Payout/settlement/komisyen akan dibayar setiap hari selepas jualan berjaya di sahkan pembayaran dalam masa 24 - 48jam.

 

S : Bagaimanakah pihak Khairul Iqbar membayar komisyen tersebut?

J : Pihak kami akan mengkreditkan jumlah komisyen anda terus ke dalam akaun bank anda. Jadi, pastikan anda meletakkan maklumat berkaitan akaun bank anda dengan tepat di dalam bahagian profile akaun Ordersini anda.

 

S : Adakah saya perlu request "payout payment"?

J : Tidak perlu, Payout/settlement/komisyen akan dibayar setiap hari selepas jualan berjaya di sahkan pembayaran dalam masa 24 - 48jam. tanpa minimum payout komisyen. Setiap sen komisyen anda kami akan bayar.

 

S : Bolehkah saya membeli menggunakan link affiliate saya sendiri?

J : Ya! kami membenarkan affiliate untuk membeli menggunakan link affiliate mereka sendiri. Anda tetap akan mendapat komisyen dari pembelian anda sendiri.

 

Sila baca syarat berikut sebelum mendaftar sebagai

Affiliate Khairul Iqbar 

1. Payout/settlement/komisyen akan dibayar setiap hari selepas jualan berjaya di sahkan pembayaran dalam masa 24 - 48jam.

2. Payout/settlement/komisyen akan dibayar berdasarkan sistem Ordersini.

Jika link affiliate anda salah, kami tidak akan bertanggungjawab untuk membuat sebarang gantian.

3. Pastikan maklumat akaun tepat. 

Kegagalan mengemaskini nombor akaun akan menyebabkan komisyen tidak dibayar.

4. Pembelian menggunakan link affiliate sendiri komisyen akan di bayar. 

5. Pihak kami berhak meminda syarat tanpa notis.

 

 

 

CARA DAFTAR AKAUN OS

1. Pergi ke ordersini.com

2. Daftar akaun os

3. Dashboard Menu > Account Setting > Profile

4. Verify email dan nombor hp. Rujuk tutorial yang disediakan di web OS

5. Isi maklumat yang diperlukan dan paling penting maklumat bank untuk urusan pembayaran. (Sila pastikan segala maklumat anda tepat)

 

 

 

7 STEP BERGAMBAR MUDAH DAFTAR AKAUN OS

 

 

 

 

 

CARA DAPATKAN LINK AFFILIATE

1. Dashboard Menu > Affiliate > Marketplace

2. Search keyword yang telah diberikan seperti di dalam list ini

3. Dapatkkan link anda di Product Page

 

 

 

 

5 STEP BERGAMBAR DAPATKAN LINK AFFILIATE

 

 

 

 

Sila Klik Sini Untuk lihat Produk & Servis Kami

 

P/S:- Kami akan sentiasa akan tambah product baru serta akan berikan potion komisyen yang terbaik untuk affiliate. 

Sila gunakan keyword yang betul untuk pastikan anda promote produk & servis yang betul.
Jika anda nak promote direct produk affiliate sila ambil link “Product Page”
Jika anda nak kami bantu follow up guna email & wasap marketing guna “Landing Page”

Pastikan URL link 

https://kayadanberjaya.ordersini.com
https://chantikwholesale.com

 

 

 

 

Ramai yang risau bila nama tidak naik kat form sebagai referral.

Sebenarnya sistem Ordersini sudah nyatakan "Introducer" untuk elakkan anda sebagai affiliate keliru dengan link affiliate anda sendiri.

Untuk pastikan link affiliate betul, anda kena logout dari sistem OS dan copy paste link URL affiliate anda di browser. 

Barulah nama anda sebagai referral akan muncul.

 

 

 

 

Bagi affiliators tegar, anda boleh gunakan 'link shortener" supaya link anda lebih pendek dan kemas

Masukkan link affiliate anda dan generate link yang baru!

Antara link shortener generator yang available:

1. https://bitly.com/
2. https://osini.co/
3. https://nak.la/

 

 

 

8 Feature Yang Wajib Affiliate Ordersini Tahu!

Tutorial Dapatkan Link Affiliate Ordersini

Tutorial Daftar Account Ordersini

 

 

 

Jika ada apa - apa persoalan atau cabaran sila hubungi saya