MACAM MANA PUMA BUAT SERANG HENDAP MARKETING KAT NIKE?
Ini cerita marketing yang menjadi bualan semasa Temasya Sukan Olimpik Rio tahun 2016.
PUMA melakukan serangan marketing 'mengejut' terhadap NIKE yang merupakan penaja utama Olimpik Rio.
Serangan ni menyebabkan PUMA menjadi lebih popular semasa satu acara utama di Rio, 100 meter lelaki yang dimenangi oleh manusia terpantas dunia, Usain Bolt.
Apa yang PUMA buat?
.
.
Usain Bolt ditaja oleh PUMA sejak umur 15 tahun lagi.
Berapa PUMA bayar Usain Bolt?
10 juta euro setahun!
Malangnya...
Peraturan ketat syarat penajaan Sukan Olimpik menyebabkan hanya syarikat yang menjadi penaja utama Sukan Olimpik saja yang boleh gunakan platform olimpik untuk 'marketing stunt' mereka.
Syarat ini dikeluarkan oleh International Olympic Committee (IOC). Siapa yang langgar bakal disaman oleh peguam IOC.
Walaupun Usain Bolt bakal menang emas acara 100m lelaki, PUMA tetap takde hak nak ucap tahniah di media sosial sekalipun.
.
.
Tapi...
Team marketing PUMA jumpa 'loophole' yang membolehkan mereka buat 'ambush marketing' tanpa disaman IOC.
Apa mereka buat?
Untuk acara 100m lelaki saja, Usain Bolt diberikan kasut spike berwarna emas.
Lepas menang, Usain Bolt buka kasut dan angkat tangan sambil bergambar.
Setiap gambar Usain Bolt lepas acara habis semua nampak kasut emas PUMA.
Setiap muka depan surat khabar, majalah, portal berita online ada gambar Usain Bolt dan kasut emas PUMA.
.
.
Di media sosial pula, PUMA tak ucapkan tahniah kepada Usain Bolt sebab memenangi acara 100m lelaki.
Sebaliknya, PUMA post gambar Usain Bolt dengan caption "When you are Usain Bolt, you are #ForeverFastest".
PUMA tak sebut langsung pasal kemenangan Usain Bolt di Sukan Olimpik.
Sejak dari itu, PUMA menjadi sebutan dan NIKE sebagai penaja utama dilihat agak tenggelam selepas acara utama ini berlangsung.
.
.
Taktik ni dipanggil 'ambush marketing'.
Ia digunakan pengiklan untuk dapat 'spotlight' tanpa perlu jadi official sponsor dalam sesuatu pertandingan atau acara besar.
Strategi ni dah lama ada dalam 'marketing playbook'.
Pertama kali terma 'ambush marketing' digunakan oleh marketing strategist bernama Jerry Walsh pada tahun 1980 untuk syarikat American Express.
NIKE sendiri pernah buat ambush marketing semasa Euro 1996 dan Piala Dunia 1996 yang masing-masing ditaja oleh Umbro dan Adidas. Mereka beli ruang iklan di sekitar bandar tuan rumah acara tersebut menjadikan iklan mereka tepu dan berjaya tenggelamkan penaja utama.
Pada Olimpik London 2012 pula, Beats by Dr Dre membekalkan headphone edisi khas union flag kepada atlet-atlet pasukan Great Britain.
Semua atlet pakai headphone itu dan secara tak langsung mereka mempromosikan jenama Beats By Dr Dre. Impaknya jualan mereka naik sehingga 42% selepas temasya Olimpik London.
.
.
Ambush marketing bukan saja terhad kepada acara sukan.
Pada tahun 2011 semasa pelancaran iPhone 4S di Apple Sydney, Australia, Samsung telah menyediakan satu 'pop-up store' berdekatan dengan Apple Store.
Mereka menawarkan harga Samsung Galaxy S II dengan hanya $2 AUD untuk 10 orang terawal. iPhone 4S dilihat sebagai pesaing kepada Galaxy S II, jadi mereka 'hijack' peminat model ini untuk beralih kepada Samsung.
Masa pelancaran iPhone 5 pula, Samsung telah beli keyword pengiklanan dari platform carian gergasi seperti Google, Youtube dan juga di Twitter untuk mempromosikan Samsung Galaxy S III dan Galaxy Note II.
Ini menyebabkan iklan Samsung muncul di semua iklan atau carian berkenaan Iphone 5.
.
.
Ini yang best pasal marketing.
Ada macam-macam cara kita boleh buat supaya produk kita dikenali dan diterima pelanggan walaupun ada ramai pesaing.
Suka dengan konten bisnes macam ni?
SHARE posting ini supaya ramai yang akan dapat manfaat.
Klik Untuk Download Panduan Percuma Naikkan Sales 3 Kali Ganda Dalam Masa 7 Hari Sekarang
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video
Klik untuk lihat product