Macam mana founder produk boleh buat gerila marketing untuk dapat minimum 100 customer serentak?
Ada satu benda yang saya perasan pada founder-founder produk di Malaysia.
Tak kisah la produk apa sekalipun.
.
Mereka sanggup keluarkan kos yang besar (duit, masa, tenaga dan komitmen) untuk hasilkan produk yang terbaik.
Dalam masa sama, produk yang terbaik saja tak cukup.
Kita perlukan strategi untuk marketing, dan strategi untuk menjual.
.
Lebih-lebih lagi kalau produk itu memang gunakan distribution channel seperti stokis, ejen, dropship dan sebagainya.
Maksudnya, ada askar-askar yang memang akan bantu kita buat marketing dan sales.
.
Ada 1 strategi yang super power.
Kalau buat betul-betul, nak dapat 100 customer serentak dalam masa beberapa minit pun boleh.
Saya dan Uncle dah pernah buat eksperimen berkali-kali. Memang menjadi.
1,000 customer pun boleh. Tapi bergantung pada kapasiti kita.
.
Kalau saya bagi contoh, senang nak nampak jelas (dan terus buat)
Sila baca banyak kali contoh ini. Supaya kita boleh terus buat dalam masa 24 jam.
.
Produk: Kecantikan
1 - Jumlah ejen: 500 orang.
2 - Sehari sebelum: Bagitahu ejen yang kita akan supply copywriting, gambar dan video untuk mereka post serentak pada hari esok.
Tepat pukul 9 malam.
3 - Himpunkan ejen dalam 1 tempat, sebagai contoh: Telegram Group.
.
4 - 1 jam sebelum (contoh: pukul 8 malam): Panaskan ejen-ejen ini.
Tanya: “Dah ready ke nak buat sales sama-sama malam ini? Standby pukul 9 malam!”
.
5 - Pukul 9 malam: Bagi copywriting (terus jual produk a.k.a hardsell) sekali dengan gambar atau video.
6 - Minta semua ejen guna copywriting yang kita bagi dan post di semua platform mereka.
(Facebook Profile, Facebook Group, Whatsapp Group, Whatsapp Story, semualah)
7 - Minta mereka tunjukkan bukti post di Telegram Group. Untuk panaskan ejen-ejen yang lain.
8 - Lihat impak sales. Bagaimana pukul 9 malam nanti apa yang akan berlaku dari sudut sales
9 - Setiap kali ada sales, ejen-ejen mesti akan ucap terima kasih dan kongsi berita gembira di group. Masa itu orang lain akan jadi semakin panas dan buat lagi.
.
Cukuplah 9 poin ini ya.
Bagi banyak-banyak pun tak guna. Takut tak terbuat.
Strategi ini kita perhalusi lagi dan buat sama-sama dalam kelas Hack A Launch Digital selama 7 hari.
Sempat lagi nak daftar sebelum harga naik.
>>>Hack A Launch<<<
>>>Buku Hack A Launch<<<
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video