Lagi Perangai ‘orang’ (customer) Yang Anda Kena Hadam

Lagi perangai ‘orang’ (customer) yang anda kena hadam

Lagi perangai ‘orang’ (customer) yang anda kena hadam

 

Jemput teruskan baca kisah perangai ‘orang’ aka manusia atau customer anda tu:

 

1. Manusia suka fikir alternatif lain

 

Point ini anda boleh try and error bila anda berkunjung ke bazaar Ramadhan nanti. Contoh anda nak ayam percik, anda baru jalan sikit masuk bazaar anda dah jumpa ayam percik.

 

Tapi, seboleh-bolehnya anda nak tawaf satu bazaar tu dulu untuk cari alternatif ayam percik yang lain. Dah settle pusing baru anda fikir nak pilih kedai ayam percik yang mana satu.

 

Jadi, itulah sifat customer anda atau mungkin anda sendiri. Maka, anda mestilah jadi alternatif terbaik pelanggan!

 

2. Manusia suka insentif, ganjaran dan win-win situation

 

Pernah terfikir kenapa McDonald bagi kita sticker VIP McD suruh lekat dekat kereta kita? Sebab McD nak kan pengiklanan free ke merata tempat kereta kita pergi.

 

Imbuhannya, setiap pelanggan VIP McD yang purchase RM20 ke atas dalam satu resit akan berpeluang untuk dapat produk tertentu McD secara percuma. Pelanggan happy McD pun dapat free publisiti.

 

So, dah fikir apa instensif dan win-win situation yang anda nak offer kepada pelanggan anda?

 

3. Manusia lagi excited dengan effect yang kontra

 

Bayangkan dua situasi ni. Anda nak beli cadar:

 

Anda lalu satu kedai X tengok cadar tu RM80.

 

Anda lalu kedai Z ada buat sales, harga asal cadar dari RM 160 jadi RM80.

 

Dah tentu anda lebih excited nak beli cadar yang ada diskaun kan. Sebab anda rasa cadar kedai Z yang harga asal lebih mahal tu lagi kualiti. Sedangkan, kualiti cadar lebih kurang sama saja. Made from 100% cotton juga.

 

Itulah manusia mudah tertipu dengan perkataan offer, promo dan sales sebab manusia lagi tertarik dengan effect yang kontra.

 

Ada yang nak saya sambung ke cerita perangai orang ni? Jika ya, kena rangka action plan apa anda nak buat dalam bisnes anda based on 3 perangai orang yang saya baru cerita ni.  

 

Credit Content Hasbul 'Aqill

 

Nak Naikkan Sales? Klik

 

Seminar Percuma STRATEGY LEDAK SALES DI BULAN RAMADHAN

 

Shopee Hero Download percuma di sini

 

Belajar Lebih Banyak Tentang Shopee Di Sini

 

Pastikan Join, Unmuted & Pin Channel Telegram Mudahnya Berniaga Di Shopee

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product