KISAH PETI TELEVISYEN SELAMATKAN BERJUTA EKAR LADANG JAGUNG

KISAH PETI TELEVISYEN SELAMATKAN BERJUTA EKAR LADANG JAGUNG

KISAH PETI TELEVISYEN SELAMATKAN BERJUTA EKAR LADANG JAGUNG

 

Suka makan jagung?

 

Tahu dari mana asal jagung?

 

Jagung berasal dari benua Amerika dan telah menjadi makanan asas sejak berkurun lama.

 

Sebelum kedatangan orang putih, orang asli di sini dah makan jagung dahulu.

 

.

.

 

Di era moden, jagung diubah suai menjadi pelbagai guna dalam industri makanan.

 

Ada digunakan untuk memekatkan kuah.

 

Ada dibuat krim dalam bubur.

 

Ada dibuat sirap perasa.

 

Ada juga dibuat bijirin dan 'popcorn'.

 

Amerika Syarikat adalah pengeluar utama jagung untuk bekalan dunia.

 

Punca utama industri jagung naik mendadak di negara ini adalah kerana kempen perang dunia kedua.

 

Masa tu hampir seluruh negara Eropah terlibat dengan perang, makanan tak cukup.

 

AS bekalkan jagung sebagai bahan utama makanan untuk tentera di sana.

 

Bukan tu je, negara-negara perang ini pun bergantung kepada bekalan jagung dari AS.

 

Ditambah lagi dengan dana dan subsidi dari kerajaan, industri ni berkembang sangat pesat.

 

.

.

 

Tapi lepas perang tamat, kebergantungan kepada jagung jatuh.

 

Jagung bukan lagi untuk bekalan tentera.

 

Malah negara perang dah ada kemampuan untuk hasilkan tanaman sendiri.

 

Disebabkan jumlah ladang-ladang besar yang terlalu banyak di AS, bekalan terlampau banyak.

 

Harga pasaran dah mula jatuh.

 

Apa yang mereka buat?

 

.

.

 

Pada tahun 1950-an,  televisyen menjadi satu keperluan.

 

Hampir setiap rumah ada sebuah peti televisyen.

 

Jadi pemain industri jagung ambil kesempatan dengan mempromosikan budaya makan makanan ringan berasaskan jagung sambil menonton televisyen.

 

Sebenarnya budaya ni dah lama wujud, sebelum perang meletus lagi.

 

Masa tu orang suka tengok wayang sambil makan popcorn.

 

Orang minum di bar pun disediakan popcorn percuma untuk tarik lebih ramai pelanggan.

 

Cuma kempen kali ni dilihat lagi hebat dengan kewujudan peti televisyen dan juga kemunculan menu baru iaitu keropok keju yang dihasilkan dari tepung jagung.

 

Dari situlah jenama makanan ringan naik dan popular ke seluruh dunia.

 

Hasilnya, berjuta ekar ladang jagung berjaya diselamatkan.

 

.

.

 

Hebat kan?

 

Pengilang jagung berjaya mendidik budaya makan sambil tonton TV melalui kempen iklan masa tu.

 

Dalam masa sama mereka berjaya selamatkan industri jagung yang hampir malap.

 

Itulah kehebatan inovasi budaya melalui kempen iklan.

 

 

 

Klik Untuk Download Panduan Percuma Naikkan Sales 3 Kali Ganda Dalam Masa 7 Hari Sekarang

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product