Kini Semua Orang Mampu Guna Sistem Pengurusan Bisnes Ordersini Tanpa Bayaran Bulanan

Kini Semua Orang Mampu Guna Sistem Pengurusan Bisnes Ordersini Tanpa Bayaran Bulanan

Hi guys!

 

Kami baru sahaja release pakej baru dalam Ordersini dikenali sebagai Pay Per Transaction (PPT)

 

Pakej ni memudahkan peniaga online gunakan sistem tanpa bayar bulanan, tetapi anda hanya perlu bayar apa yang anda guna. Setiap transaksi yang berlaku dalam sistem melalui pakej ini, anda akan dikenakan caj RM2 untuk handling & bank fee.

 

Tak kira berapa harga produk anda, hanya Rm2 akan dikenakan (FPX sahaja). Anda jual produk Rm3000 pun, anda hanya dikenakan caj Rm2 sahaja.

 

** Nanti kami akan masukkan payment method credit & debit card serta ewallet.

 

Settlement akan dibuat selepas pembeli sahkan penerimaan barang yang mereka beli. Ianya akan menyukarkan penjual tetapi kami juga harus menjaga keselamatan pembeli (buyer security) supaya tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

 

Flow mudah dalam pakej ini ialah:

 

Penjual masukkan produk

Pembeli buat pembelian

Penjual hantar produk

Pembeli kena sahkan penerimaan produk

Penjual terima duit (settlement)

 

Siapa yang sesuai gunakan pakej ini?

 

Ada beberapa golongan yang sesuai nak gunakan pakej pay per transaction ni.

Peniaga yang baru bermula & belum mampu nak bayar bulanan

Peniaga yang ada kurang 10 produk untuk dijual setiap bulan

Peniaga yang nak guna sistem sekali sahaja bagi satu transaksi jual beli sahaja

Peniaga yang dah mantap tetapi masih tak mahu bayar bulanan

Peniaga yang tak mahu setup / urus payment gateway sendiri

 

Apa yang tak ada dalam pakej PPT?

 

Pakej PPT ialah pakej bayaran mengikut transaksi, oleh itu ada beberapa feature disembunyikan untuk kegunaan penjual seperti berikut:

 

Auto approved order – payment yang dibuat oleh pembeli sememangnya sudah berjaya dan diterima oleh pihak Ordersini, tetapi anda tidak boleh buat auto approve dalam sistem. Anda perlu check setiap order & tukar status secara manual.

 

OS Rotator – link rotator ini hanya diaktifkan di pakej AdvanceOS sahaja buat masa ini. Bagi pengguna pakej PPT, anda tidak ada sistem rotator.

 

Free Product – Anda tidak boleh beri produk secara percuma kerana anda akan dikenakan caj Rm2 bagi setiap transaksi. Pemberian produk percuma tidak boleh dimasukkan kerana tiada transaksi akan berlaku di sistem.

 

Dropship system – Buat masa ni hanya sistem affiliate sahaja yang dibuka dalam Pakej PPT. Sistem dropship tidak dibuka buat masa ini untuk pengguna PPT.

 

PENTING !

 

Anda perlu ingat bahawa bayaran settlement yang dibuat ke akaun penjual akan mengambil masa beberapa hari. Sila baca dan fahamkan setiap fasal dalam Term Of Service di pakej PPT. Anda perlu fahamkan semuanya terlebih dahulu sebelum mula subscribe pakej PPT.

 

Sebarang cadangan & aduan boleh diberikan terus dalam menu feedback di dashboard anda.  Kami mendengar feedback anda dan bertindak mengikut kesesuaian.

 

Jika anda nak ubah cara pakej PPT ini dijalankan , sila berikan cadangan anda di sana.

 

Berikut ialah video tutorial cara subscribe pakej PPT dalam Ordersini.

 

 

 

 

 

 

>>> Free Download Ebook & Video Tutorial Ordersini <<<

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product