Kenapa Tak Dek Orang Beli Produk Aku?

Kenapa Tak Dek orang beli produk Aku?

SEBENARNYA... PRODUK HEBAT SAJA TAK CUKUP!

 

Ramai penjual rasa produk dia power.

 

Tapi pelik, orang tak beli pun.

 

Nak tahu kenapa?

 

Baca sampai habis...

 

Hanya yang serius saja akan baca sampai habis.

 

.

.

 

Siapa yang follow BRC dah lama, mesti pernah dengar saya cakap ni berulang kali...

 

"Product is nothing."

 

Apabila saya cakap, "product is nothing," tidak bermaksud saya kata produk cincai pun boleh jalan.

 

BUKANNYA saya bandingkan produk tak bagus vs produk bagus.

 

Apa yang saya bandingkan ialah:

Produk vs pelanggan.

 

Sekali lagi:

Produk VS pelanggan.

 

.

.

 

"Produk saya bagus, tapi takde orang nak beli pun!"

 

Benda ni biasa.

 

Perfume terhebat. Tahan lama. Murah. Wangi.

 

Pil suplemen gempak. All natural. Mudah dimakan.

 

Produk hebat. Iklan power. Call to action power. Beli 1 free 16. Wow!

 

Tapi...

 

Krik krik krik...

 

Takde orang beli.

 

.

.

 

Pelanggan takkan beli semata-mata sebeb produk kita power hebat gempak no 1 di dunia.

 

Sebab?

 

Walaupun produk hebat, tapi mungkin takde memberi apa-apa kesan dalam kepala otak pembaca.

 

Produk hebat pun tak guna, kalau tak beri manfaat pada prospek.

 

Produk power gila mana pun tak guna, kalau takde kaitan pada prospek.

 

.

.

 

Contoh:

Jual produk kurus paling power kepada mamat yang kurus keding.

 

.

 

Contoh:

Jual but bolasepak paling hebat kepada orang yang takde rasa langsung nak main bola (macam saya 😂😂😂).

 

.

 

Nak ke anda beli produk yang POWER sedangkan ia tiada guna sedikit pun pada anda?

 

.

.

 

Ye, produk kita bagus.

 

Ramai orang suka cerita produk gempak dia.

 

Boleh belah laut la terbang ke bulan la produk kau tu kan.

 

Tapi...

 

Setitik pun tak kisah pasal apa kaitan dengan prospek yang membaca iklan.

 

.

.

 

Apa yang penting ialah kaitan dengan pelanggan.

 

Kita buka kafe.

 

Kita ada satu menu...

 

Sup cendawan resepi gempak diperbuat daripada cendawan liar dari Eropah dipetik di waktu bulan mengambang malam Jumaat oleh pari-pari dara dalam kumpulan 7 orang (ekor?).

 

Tapi...

 

Kalau pelanggan tak tahu pasal asal-usul benda tu, pelanggan rasa benda tu sama je macam mushroom soup dalam tin.

 

.

.

 

ATAU mungkin lepas kita beritahu pun, pelanggan masih tak heran langsung pasal kehebatan benda tu.

 

"Aku makan Campbell soup pun sekali seumur hidup, mana aku nak tau rasa cendawan liar Eropah? Apa aku kisah?!"

 

Macam kita ada jersi bola authentic tulen 100% signed by Messi disirami peluh Messi, tapi bagi pada orang tak main bola tak tengok bola macam saya...

 

Memang saya buat kain buruk je la. 😈😈😈

 

.

.

 

Atau jam tangan Patek Philippe Sky Moon Tourbillon (harga USD1.3 juta) yang belakang dia ada langit dengan bintang-bintang, depan dia ada bentuk fasa bulan bagai...

 

Tapi bagi pada orang yang tak pernah tahu pun apa menatangnya Patek Phillippe tu dan apa menatangnya tourbillon itu...

 

Yang dia tau jam tangan RM10 je...

 

Memang dia takkan tahu jam tu harga dia berjuta!

 

Dan dia takkan hargai jam tu mahal camtu.

 

.

.

 

Iklan power + produk power tak berguna kalau tak terkesan pada prospek.

 

Cabaran utama kita dalam buat iklan, BUKANLAH untuk terangkan pasal produk kita yang hebat sangat.

 

Cabaran utama kita dalam buat iklan ialah:

Pastikan bakal pelanggan nampak kaitan kehebatan produk kita dengan diri dia.

 

.

.

 

Lebih penting dari kehebatan produk ialah KESAN produk kepada pelanggan.

 

Sebab pelanggan TIDAK membeli produk. Pelanggan membeli kesan & result yang mereka dapat.

 

Nak tahu apa kesan & result yang prospek mahu?

 

Kita kena kenal pelanggan!

 

Ambil berat pasal pelanggan.

 

Baru boleh kita bagi apa yang mereka mahu!

 

.

.

 

Hanya yang celik nampak nilai ilmu ini.

 

Syukur kita diberi kesempatan untuk belajar ilmu ini.

 

Alhamdulillah.

 

Alhamdulillah.

 

Alhamdulillah.

 

Semoga bermanfaat.

 

Amiin.

 

~ Bukhari Ramli, BRC.my

 

 

 

Klik Untuk Download Panduan Percuma Naikkan Sales 3 Kali Ganda Dalam Masa 7 Hari Sekarang

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product