[ FACEBOOK BLOCK ]
Credit Content Saiful Nizam Bin Md Sah
Igaun Ngeri Buat Semua Seller Online Di Facebook
Apabila secara tiba-tiba fungsi untuk melakukan hantaran dari akaun Facebook anda tidak berfungsi, itu bermakna akaun Facebook anda telah disekat @ Block oleh pihak Facebook.
Anda Akan Melihat Paparan Seperti Ini Apabila Akaun Facebook Anda Telah Disekat @ Block Oleh Pihak Facebook.
Ketahui Mengapa Disekat @ Block.
Facebook anda boleh disekat @ Block Oleh beberapa faktor. Sekatan ini biasanya samada bersifat sementara atau kekal.
Akaun DiSekat @ Block Bersifat Sementara
Akaun Disekat @ Block Bersifat Sementara
Sebenarnya anda boleh memeriksa berapa kali akaun anda telah diberikan amaran oleh pihak Facebook.
Klik Di Help & Support
Klik Di Support Inbox
Anda Akan Di Tunjukkan Hantaran @ Posting Dari Akaun Anda Yang Melanggar Community Standards @ Policy Facebook.
Jika Akaun Anda Di Sekat @ Block Anda Akan Melihat Perkataan Restricted Dan Boleh Lihat Tarikh Ianya Dibuka Semula.
Nota :
Rekod ini akan disimpan selama setahun oleh pihak Facebook. Selepas setahun baru ianya akan dipadamkan.
Akaun anda juga sebenarnya boleh terus dinyahdayakan terus ( Disabled ). Jika berterusan melanggar semua amaran-amaran dari Pihak Facebook.
Paparan Ini Akan Muncul Jika Akaun Anda Telah Dinyahdayakan ( Disabled )
Account Disabled
Apabila akaun anda dikenakan tindakan ini, anda akan nampak satu mesej 'Account Disabled' dipaparkan ketika anda hendak login.
Jika tiada mesej 'Account Disable', tetapi anda tidak boleh login, kemungkinan besar anda ada isu mengenai cara untuk login - termasuklah dari lokasi mana anda cuba login akaun Facebook anda itu.
5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat
Secara terus-terusan melakukan tindakan yang dilarang setelah menerima nota amaran dari Facebook.
Posting Iklan anda secara melulu. Tidak tahu Teknik manipulasi yang betul semasa membuat Iklan.
Menggunakan nama palsu.
Mengambil identiti orang lain atau menyamar dengan ketara melalui akaun Fake Akaun Facebook Anda.
Kongsikan sesuatu yang melanggar policy Facebook.
Namun begitu, seandainya anda merasakan tindakan Facebook menyekat anda untuk akses adalah satu kesilapan, anda boleh membuat rayuan atau permohonan untuk akaun anda dikembalikan.
Rayuan tersebut boleh dilakukan menerusi pautan ini
- https://www.facebook.com/help/contact
Untuk makluman, pihak Facebook tidak akan memaklumkan anda mengenai sebarang sekatan akaun kepada anda. Anda hanya akan ketahui apabila mahu login ke Facebook.
Rayuan pula hanya akan diterima sekiranya kesalahan-kesalahan yang dilakukan dianggap boleh dimaafkan atau tidak terlalu serius.
Jika terlalu banyak perlanggaran terma dilakukan, pihak Facebook mungkin tidak menerima permohonan rayuan anda, dan akaun Facebook anda akan hilang buat selama-lamanya.
Jika itu berlaku, tiada jalan lain. Anda perlu buat satu akaun baru dengan alamat email yang baru.
Semoga bermanfaat.
Baca lebih lanjut di sini untuk belajar teknik zero kos marketing ⤵️
Khairul Iqbar
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video
Klik untuk lihat product