Kau Ni Sembang Je Lebih !

Kau ni sembang je lebih !

TOLONG JANGAN JADI BODOH!

 

Ini yang saya ternampak tadi (poin-poinnya lebih kurang)...

 

1. Bisnes modal rendah. Takde risiko.

 

2. Bisnes: kedai dobi layan diri.

 

3. Satu mesin basuh untung RM10 sejam. Sehari 24 jam = RM240. Satu kedai ada 10 mesin basuh = RM2,400. Sebulan 30 hari = RM72,000.

 

.

.

 

Dengan analisa bodoh macam inilah, senang-senang buat kesimpulan:

● Terjun dunia bisnes ni senang

● Buat bisnes masyuk setiap masa

● Buat bisnes ialah satu magik boleh selesaikan semua masalah sekarang

 

.

.

 

Mari kita tanya beberapa soalan:

 

1. Dari mana datang untung satu mesin RM10?

 

Sekali cuci biasa dalam setengah jam. Sekali cuci biasa dalam RM5-7.

 

Dari mana datang untung satu mesin RM10?

 

Kos utiliti mana?

Kos sewa mana?

Kos pekerja untuk datang sapu sampah, mop lantai, kutip duit mana?

 

Kalau mesin rosak, dari mana tolak kos repair?

 

.

 

2. Ada ke kedai dobi layan diri penuh semua mesin 24/7?

 

Ada waktu puncak, penuh kena beratur.

 

Ada waktu lengang habis, seorang pun takde.

 

Dari mana datang kira-kira 24 jam sehari darab semua mesin?

 

.

.

 

Cukuplah 2 soalan mudah tu.

 

Soalan ini logik.

 

Jawapannya, kita pun tahu.

 

Dengan mudah je kita boleh patahkan usaha penipuan daripada masuk ke dalam kepala otak kita.

 

.

.

 

Kalau kita mengira-ngira pulangan bisnes dalam suasana 100% BEST CASE SCENARIO SEMPURNA TIADA CELA...

 

Kita akan rasa:

 

● Bisnes ni senang. Kita rasa nak terjun dalam dunia bisnes. Ini bagi orang yang tergerak nak mula bisnes.

 

.

 

● Bisnes yang kita buat sekarang susah yakmat, terlalu mencabar. Ini bagi orang yang sedang buat bisnes. Bisnes dia ada cabaran SIKIT je, dia rasa susah. Sebab dia bandingkan dengan mimpi indah bisnes 100% best case scenario sempurna tiada cela tadi. Hati jadi tisu sebab sibuk bandingkan bisnes sendiri dengan bisnes mimpi indah yang tak wujud.

 

.

 

● Orang bisnes ni hidup mandi duit, kapitalis Yahudi bangsat, menindas orang lain, pentingkan diri & hidup bertuhankan duit. Ini bagi orang luar bisnes yang pelik kenapa bisnes letak harga sekian-sekian, ada SOP sekian-sekian & kenapa orang bisnes ni tak derma harta yang banyak melimpah ruah.

 

.

.

 

Hakikatnya...

 

● Realiti bisnes itu mencabar. Bisnes yang hidup di dunia nyata penuh sepak terajang, tak sama macam bisnes yang duduk atas kertas cantik penuh warna warni.

 

.

 

● Orang yang buat bisnes, perlu tanggung macam-macam kos. Kadang-kadang kos tak disangka (sebab ambil mudah bisnes ni indah 100%). Kebanyakan bisnes bukan untung mana pun. Cukup-cukup untuk dapat duit belanja je. Itupun bertuah. Kadang, korek tabung sendiri untuk tampung kos bisnes.

 

.

 

● Banyak kes orang bisnes mengadu pelbagai masalah. Secara spesifiknya, ramai orang bisnes mengadu masalah dengan saya.

 

.

 

● Lebih spesifik lagi, orang bisnes yang buat kedai dobi layan diri mengadu dengan saya habis duit simpanan beratus ribu untuk setup, banyak persaingan tumbuh macam cendawan lepas hujan, wear & tear equipment yang perlukan maintenance lebih dari jangkaan, vandalisme merosakkan premis, upah pekerja & ada yang khianat bawa lari duit kutipan dari mesin dan 1,001 satu masalah lagi...

 

.

 

● Sampaikan duit beratus ribu yang dihabiskan untuk mula setup bisnes tu habis begitu saja tanpa nampak apa sangat pulangan.(Yang sebenarnya kos setup tadi macam main judi atau nombor ekor yang dikeluarkan dengan harapan boleh capai mimpi indah mudah-mudah.)

 

.

.

 

Dah.

 

Buatlah kesimpulan sendiri.

 

Fikirlah sendiri.

 

Sampaikan & panjangkan ingatan ini, jika bermanfaat.

~ Bukhari Ramli, 

 

 

 

Klik Untuk Download Panduan Percuma Naikkan Sales 3 Kali Ganda Dalam Masa 7 Hari Sekarang

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product