Mentor saya cakap: “Zaman sekarang, kalau setakat tahu marketing, sebenarnya kita dah ketinggalan!”
Habis tu selain marketing, apa patut kita kuasai? STRATEGI!
Maksudnya: Kemahiran marketing & apa hasil yang kita dapat dari marketing tu, NAK BAWA KE MANA?
Sedihnya kalau marketing pun kita belum master. Dia kata ‘setakat tahu marketing, ketinggalan’! Yang tak tahu, kena cepat kuasai.
Saya jumpa banyak kes: Hebat marketing. Sales banyak. Tapi... tak boleh sustain. Tak boleb kembangkan. Sebab apa? Sebab takde strategi. Tak tahu nak bawak ke mana skill marketing tu. Ada sales banyak pun, kejap je. Tak jadikan satu bisnes & syarikat berkembang.
Bisnes bukan setakat sales & marketing je. Itu setakat langkah permulaan. Untuk mula menggerakkan projek.
Lepas tu, nak bawa ke mana? Dari projek permulaan, barulah nak dijadikan bisnes. Klien & partner saya yang sales lebih 6-7 angka sebulan (8 angka pun ada), kami jarang sembang pasal marketing.
Takde lagi cerita: - Interest apa nak pakai - Ayat memukau jiwa - Nak posting apa Habis tu sembang apa?
Benda yang lebih strategik dan big picture. In broad stroke. Jarang pergi ke detail teknikal. Buat apa pergi detail? Fikir benda besar je.
Benda detail, bagi tim buat. Takkan owner gaji RM50k sebulan kena fikir cara nak packing order dengan cepat & kurang silap?
Klik Untuk Download Panduan Percuma Naikkan Sales 3 Kali Ganda Dalam Masa 7 Hari Sekarang
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video
Klik untuk lihat product