Kaedah Mengambil Pekerja Baru Bagi Bisnes Halus (Kecil)

Kaedah mengambil pekerja baru bagi bisnes halus (Kecil)

MENGAMBIL PEKERJA BARU.

 

01. Sebelum kita mengambil pekerja.

 

Pastikan list-list kerjanya sudah dibuat

dan skop kerjanya sudah ditentukan.

 

Jangan ambil pekerja kerana kita sibuk

dan perlukan pembantu untuk buat kerja

itu. Nanti bila sudah tidak sibuk, kita pula

akan menyibuk kerja mereka.

 

Hasilnya : Staff lari sentiasa.

 

02. Semasa menulis Iklan mencari kerja.

 

Tulis supaya jelas dan mudah faham.

 

Tidak perlu menggunakan teknik-teknik

menulis cemerlang.

 

Formatnya :

 

Tajuk : Tawaran Pekerjaan sebagai Kerani Akaun.

Nama Syarikat : Maju Mundur Sdn Bhd

Lokasi Syarikat : Bukit Rendah Klang

Tempat Kerja : Ibu Pejabat

Skop Kerja : (berikan paling asas)

Gaji yang ditawarkan : Tulis Gaji Basic

Elaun yang ditawarkan : (Jika ada)

Syarat-syarat : (jika ada)

Kelebihan Kerja : (jika ada)

Bila interview akan dibuka : (jika sudah ada tarikh)

Hantar Resume : (kemana)

Sedikit pengenalan tentang syarikat. (jika nak buat surat cinta buatlah)

Lain-lain jika ada tambahan.

 

03. Syarat-syarta pekerjaan yang betul.

 

Kelayakkan akademik : Pemegang sarjana mata memandang dalam bidang telekomunikasi dan multimedia.

Kemahiran Bahasa : Mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu, melanau, iban, dusun bidayuh dan sunda'

Waktu Kerja :70% Pejabat 30% Lapangan

Skill : Mahir menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Ilustrator dan boleh menggunakan Adobe premier di peringkat asas

Jantina : Lelaki atau perempuan boleh memohon.

Lesen : Mempunyai Lesen D adn B2 adalah satu kelebihan. Jika mahu tambah, silakan.

 

Dalam iklan pekerjaan kami.

Solat 5 waktu, tidak diletakkan.

Jujur dan Amanah juga tidak diletakkan.

 

04. Menjadikan perkara yang tidak boleh

diukur sebagai syarat bekerja.

 

Solat 5 waktu.

Kita tidak tahu dan tidak nampak.

Jujur dan Amanah.

Kita tidak akan tahu selagi mereka tidak bekerja atau semasa interview.

Boleh bekerjasama.

Kita tak kan nampak selagi mereka belum interview atau kerja.

Bekerja keras dan berdedikasi.

 

Tidak boleh diukur selagi tidak masuk

interview atau masuk kerja.

 

Salahkah tanya atau syarat seperti ini?

 

Ianya tidak salah, tetapi semua perkara di atas tidak boleh diukur.

 

05. Mining.

 

Prospecting.

 

Interview.

 

Kita bukan syarikat besar, jadi kita perlubuat keputusan sebaiknya supaya kita tidak mendapat kerugian.

 

Caranya adalah dengan meminimakan kesilapan.

 

Mining : Cari di setiap tempat iklan jawatan kosong calon-calon yang menjual diri mereka.

 

Biasanya mereka ini serius mahu bekerja.

 

Prospecting : Minta mereka hantar resume kepada kita.

 

Jika resume dihantar dalam masa 24-48 jam, kita boleh consider mereka. Jika lebih terpulang.

 

Kami tak consider pun.

 

Lihat resume mereka.

 

Maklumat penting..

 

Lihat majikan lama mereka, jika ada rujukan, hubungi majikan lama mereka.

 

Jika tiada atau fresh, lihat kriteria mereka layak atau tidak.

 

Interview.

 

Datang masa yang kita tetapkan.

 

Jika mereka mahu arranged masa lain, abaikan sahaja, mereka tak berminat.

 

Alasan ikan kucing hamster meninggal kita tak layan.

 

Panggil menggunakan email..

 

Official invitation. Panggilan jika mahu.

 

Semasa interview : Tanya soalan-soalan trick

untuk tengok mereka ini mampu berfikir atau tidak.

 

Jangan provoke jika jawapan kurang memuaskan.

 

Semoga Bermanfaat.

 

Credit Tuan Mohd Firdaus Jailan

 

Belajar Teknik Rahsia Zero Kos Marketing


 

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product