5 SEBAB MUDARAT MINYAK MASAK BARAT
(SOYA,MATAHARI,JAGUNG,COTTONSEED)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Minyak masak "sayuran" dari barat ini dikhabarkan sihat, walhal sangat bahaya untuk kesihatan.
Pendapat saya, tak keterlaluan jika dikatakan syor ambil minyak sayuran barat ni merupakan propaganda "Big Ag" disokong oleh "Big Food" barat.
.
Namun, banyak kajian mutakhir membuktikan minyak barat ini lebih memudaratkan berbanding minyak sawit atau minyak kelapa.
.
Antara 5 sebab utama mudarat minyak masak barat:
1) Membebaskan lebih toksik penyebab kanser bila dimasak.
- Kajian menunjukkan, minyak sumber bunga matahari, minyak jagung, minyak soya membebaskan lebih banyak bahan toksik aldehyde berbanding minyak masak lain apabila dipanaskan. Profesor Martin Grootveld daripada University DeMonfort menunjukkan, kentang (fries) yang digoreng minyak sayuran ini membebaskan 100-200x lebih paras aldehyde daripada yang dibenarkan WHO.
.
2) Lebih bahaya untuk masalah kardiovaskular.
Kita sering dinasihatkan, kurangkan lemak dan minyak daripada makanan sebenar seperti telur, butter, minyak kelapa, santan dan juga daging merah. Masak jangan guna minyak kelapa atau sawit. Kononnya menyebabkan masalah jantung.
Sebenarnya, itu hanya propaganda barat. Hakikatnya, minyak sawit dan minyak kelapa lebih stabil apabila dimasak.Minyak sayuran barat TIDAK STABIL terutamanya apabila dipanaskan. Minyak menjadi tengik dan rosak.
Minyak rosak atau teroksida (berkarat) ini lah punca peningkatan "LDL rosak" yang dikaitkan dengan masalah kardiovaskular seperti penyakit jantung, strok dan kerosakan organ.
Maka pilih minyak lebih stabil bila dipanaskan seperti minyak kelapa atau sawit kurang mudarat berbanding minyak mudah rosak dari barat.
.
3) Tinggi Omega 6 berlebihan menyebabkan masalah keradangan.
Kita sering disyorkan mengambil minyak omega-3 yang bersifat antiradang. Minyak omega-6 pula ialah pro-keradangan namun mempunyai fungsi penting juga dalam badan.
Apa yang penting ialah keseimbangan.
Masalahnya, banyak makanan terutamanya makanan tinggi proses tinggi omega 6.
Minyak masak bunga matahari ialah contoh makanan tinggi proses yang sangat tinggi omega-6.
Pilih sumber makanan tinggi omega-3 dan elakkan amalan makanan tinggi omega-6 untuk mengawal keradangan punca penyakit kronik.
.
4) Minyak Sayuran biasanya tinggi proses.
Minyak sayuran barat ini bukanlah diekstrak sejuk seperti minyak kelapa dara. Proses Refined, Bleached dan Deodorised (RBD) ini menghapuskan kebanyakan nutrisi kerana penggunaan haba yang tinggi dan penggunaan bahan kimia peluntur.
.
5) Produk minyak masak barat ini mungkin mengandungi lemak trans.
Berbeza dengan lemak kelapa dan sawit yang bersifat separa pepejal pada suhu bilik, minyak masak barat biasanya cair kerana sangat rendah lemak tepu. Minyak cair ini biasanya ditambah hidrogen untuk menjadikan produk separa pepejal seperti marjerin dan krim.
Minyak trans ini sangat toksik dan sebanyak 40 buah negara mempunyai polisi
terbaik bagi membasmi penggunaan trans fat.
Jadi, bila beli biskut atau marjerin berasaskan minyak barat ini, elakkan produk yang mengandungi trans fat (partially hydrogenated fats.
.
.
Banyak juga pendapat menyuarakan bahan toksik ni tidak mengapa jika kuantitinya sedikit. Namun,pandangan saya..sikit-sikit tu lama-lama jadi penyakit.
.
Terutamanya bila jadi amalan harian. Baiklah kita pilih alternatif lebih baik seperti minyak kelapa atau sawit..kan?
.
.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.