Impian Kita Terlalu Besar Tapi Usaha Kita Pula Terlalu Sedikit?

Impian kita terlalu besar tapi usaha kita pula terlalu sedikit?

Impian kita terlalu besar tapi usaha kita pula terlalu sedikit lalu kita merungut kenapa impian dan cita-cita kita belum tercapai lagi?

 

Jika anda mengalami perkara ini..

 

Kecilkan impian.. atau fokus pada satu matlamat sahaja.. dan usaha dengan konsisten setiap hari walaupun sedikit.. walaupun sekejap.. tapi setiap hari mesti kena buat..

 

Sebelum ni kita set nak buat macam-macam..

 

Nak ada rumah besar lah..

Nak ada saving 1 juta lah..

Nak ada kereta mewah lah..

Nak ada income konsisten lah..

 

Tapi usaha kita tak sepadan ke arah itu..  realitinya kita sendiri terlalu busy.. terlalu banyak distraction.. takde banyak modal.. dan masa..

 

Jadi apa perlu buat?

 

kecilkan impian, fokus pada satu sahaja supaya nampak lebih spesifik.. dan buat konsisten setiap hari.. lupakan yg lain2 dan fokus pada impian kecil tersebut..

 

Memang tak salah nak berimpian besar... tapi kena tengok juga kapasiti dan apa yang ada kat tangan dahulu..

 

Kalau anda tanya saya.. lebih baik kita fokus untuk tingkatkan skill survival.. sebab skill survival sekarang antara yang paling penting terutama untuk kita yang rakyat marhaen... yang bukan anak orang kaya.. yang takde banyak backup.. yang takde saving berjuta dalam bank.. yang takde beribu followers...

 

Skill survival ni ialah skill yang boleh kita gunakan untuk cari rezeki meskipun kita tiada pekerjaan yang tetap..

 

Boleh jadi seperti..

 

Skill menjual

Skill menulis

Skill buat video

Skill copywriting

Skill paid advertising..

Etc..

 

Stop mengharapkan magic yang tak pasti..

 

Selebihnya jaga makan dan amalkan senaman yang kerap.. ada duit lebih pergi travel.. bercuti bersama keluarga..

 

Carilah kebahagiaan dan kegembiraan sendiri tanpa terlalu memaksa dan struggle dengan kehidupan yang sementara ini..

 

😌😌

Belajar Teknik Rahsia Zero Kos Marketing


 

 

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product