sewaktu saya menuntut pengajian di Jordan, saya bertemu dengan seorang novelis yang cukup terkenal di Malaysia.
Selepas bertemu dengannya, barulah saya nampak dan yakin bahawa saya pun boleh buat duit dengan hanya menulis!
Sebenarnya, novelis yang saya temui itu ialah Pak Latip, novelis sejarah Islam nombor 1 di Malaysia.
Banyak sebenarnya ilmu yang beliau kongsikan pada saya. Tapi ada dua ilmu mahal yang Pak Latip kongsikan kepada saya.
Pertama, jangan takut dan berhenti untuk menulis.
Ada ilham, terus tulis. Tak kisah pun waktu tu gaya penulisan kita cukup teruk, tapi tak apa. Yang penting tulis sahaja.
Tiada maknanya ilham yang muncul di minda, tetapi tidak diluahkan melalui penulisan atau lukisan.
Lihatlah saja manga One Punch Man karya ONE.
Jika anda tidak tahu, lukisan asal pelukis ini seperti lukisan budak tadika saja (maaf ya ONE!). Tapi kerana dia ada idea dan dia luahkan ideanya kepada lukisan, cerita One Punch Man ini terus tersebar dan diminati di seluruh dunia!
point kedua yang diajar oleh Pak Latip kepada saya.
Ianya ialah… CINTA.
Tak kisah pun anda nak tulis pasal perjuangan ke, sejarah ke, islamik ke, namun anda sebenarnya perlu mengikat pembaca anda dengan cinta.
Cinta ini umum.
Boleh jadi cinta seorang suami kepada isteri, atau seorang anak kepada ibunya, atau seorang guru kepada muridnya.
Contohnya jika anda menulis novel peperangan yang berkisar tentang perjuangan seorang kapten. Lalu letakkan hubungan cinta kapten tersebut bersama kekasihnya.
Begitu juga sewaktu menulis copywriting. Letakkan emosi cinta di dalamnya. Jika menjual jam tangan lelaki, maka letakkan rasa cintanya seorang isteri sehingga sanggup menghadiahkan jam tangan tersebut buat suaminya.
Anda belajar sesuatu?
Mahu belajar lebih mendalam lagi tentang penulisan dan cara untuk membuat duit dengan hanya menulis?
Kalau ya, tekan di sini ya >> Klik Disini <<
Credit Content Hamid Addin
Ghostwriter Expert
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video