Kempen KFC maki diri sendiri: Pelanggan tabik respek
Tahu tak, KFC pernah ada masalah kekurangan stok ayam?
Bayangkan rangkaian restoran ayam goreng tak cukup ayam. Mengamuk rakyat jelata.
Ini yang berlaku kepada rangkaian restoran ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) di pasaran UK pada 2018.
Kisah ni boleh jadi malapetaka paling hitam dalam sejarah KFC yang menyebabkan lebih 750 outlet ditutup dan lebih 15,000 orang kehilangan pekerjaan.
Gila kan?
Punca kepada masalah stok ayam ni bukan pada kekurangan di ladang ayam pun. Di UK, masalah ayam mentah bukan jadi masalah.
Ada beribu ladang ayam di kat situ.
Tapi apa yang berlaku adalah sebab masalah logistik.
.
.
Tahun 2017, kontrak servis dengan Bidvest Logistic yang merupakan antara syarikat logistik terbaik di UK ni tamat. KFC lantik syarikat kurier logistik terkenal dunia, DHL.
Matlamat utama DHL pula, nak 'reform' semula rangkaian logistik di serata UK. Jadi kerjasama dengan KFC UK boleh jadi idea paling hebat.
Tapi masa ni lah malapetaka bermula.
Dalam masa beberapa minggu, KFC mengalami masalah kekurangan stok yang kritikal di setiap rangkaian restoran.
Penghantaran stok tak mengikut jadual yang ditetapkan.
Kesannya, orang marah sebab tak dapat makan ayam goreng.
Di sosial media, KFC kena hentam teruk.
#chickencrisis dan #KFCcrisis jadi 'trending'.
Staf pula hari-hari kena tahan maki.
Bukan setakat ayam je, sos habis pun teruk pelanggan maki.
Orang dah benci KFC, pilih restoran lain kalau nak makan ayam goreng.
Sales jatuh teruk bukan setakat sebab takde pelanggan, tapi takde ayam nak dijual!
.
.
Apa yang KFC buat nak untuk betulkan keadaan?
Mereka kena ubah semula persepsi buruk orang ramai.
Objektif mereka masa tu ada dua;
1. Minta maaf secara terbuka kepada pelanggan.
2. Nak buat pengakuan bertulis untuk bagitahu mereka tak salah.
Tapi atas nasihat peguam, mereka tak boleh keluarkan kenyataan menyalahkan syarikat logistik untuk elakkan tindakan saman-menyaman.
Jadi tim marketing ni buat satu kempen yang dinamakan 'FCK KFC'.
FCK tu kira mencarut la, buang satu huruf vokal nampak sopan sikit.
KFC carut KFC sendiri.
Mereka marah diri sendiri dan minta maaf kepada semua yang terlibat.
Tanpa menggunakan TV dan sosial media, mereka cuma gunakan suratkhabar.
Print besar-besar gambar bucket KFC dengan 3 huruf 'FCK', dan disertakan dengan kenyataan maaf dan laman web untuk orang boleh tengok rangkaian restoran KFC di kawasan mereka.
Kira orang boleh check, restoran mana yang dah beroperasi semula.
Kempen ni menjadi perhatian seluruh dunia.
Masa ni orang dah mula rasa kesian kat KFC.
Orang mula datang ke KFC semula.
DHL sedar dia masih belum mampu nak bagi servis terbaik untuk KFC.
Jadi mereka lantik semula Bidvest Logistic untuk uruskan logistik untuk bahagian utara UK terutamanya di Scotland dan utara England.
Paling power, kempen 'FCK' KFC dapat anugerah kempen pemasaran terbaik tahun 2018 di UK.
Sekarang, KFC dah takde lagi masalah kekurangan stok.
Orang boleh makan ayam goreng dengan senang hati.
.
.
Apa yang kita boleh belajar dari sini?
1. Ada masalah, kena cepat-cepat betulkan sebelum jadi makin parah.
2. Sebagai sebuah bisnes, kita kena minta maaf kepada kalau berlaku masalah yang menyusahkan pelanggan. Buang ego.
P/S: Mungkin ahli politik kena belajar cara KFC ni minta maaf dari sibuk nak salahkan orang lain 😎.
.
.
Dah dapatkan panduan PERCUMA 'Copywriting 101 dari BRC belum?
Panduan ni boleh bantu kerja-kerja menulis iklan jadi lebih senang.
Klik link di bawah
Klik Untuk Download Panduan Percuma Naikkan Sales 3 Kali Ganda Dalam Masa 7 Hari Sekarang
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video
Klik untuk lihat product