Formula Dan Step-by-step Untuk Founder Buat Product Launch Setiap Bulan?

Formula dan step-by-step untuk founder buat product launch setiap bulan?

Formula dan step-by-step untuk founder buat product launch setiap bulan?

 

Macam biasa, saya bagi contoh dan gerak kerja sekali.

 

Cuma kali ini, saya fokus kepada retail saja. Bukan untuk buat product launch cari stokis atau ejen.

 

Jika kita mahir buat retail, maka untuk buat product launch untuk cari stokis atau ejen akan jadi lebih mudah.

 

.

 

Benda paling penting adalah kita faham strategi keseluruhan.

 

Sehingga hari ini, majoriti alumni kami menggunakan strategi yang hampir sama.

 

(Mungkin kita boleh ubahsuai sedikit. Ikut pada produk atau servis apa yang kita jual.

 

.

 

Seperti yang saya cakap sebelum ini, saya akan bagi contoh.

 

Bila ada contoh, senang untuk kita tiru dan buat secepat mungkin.

 

Saya juga akan tunjukkan contoh yang jelas untuk kita uruskan risiko kerugian dan kegagalan.

 

Kita cuba uruskan pada kadar yang paling minimum.

 

.

 

Berikut adalah strategi dan contoh praktikal yang kita boleh buat setiap minggu:

 

.

 

Minggu 1 - Risk management (Survey & Offer)

 

Jangan fikir nak untung dan kaya cepat.

 

Kawal apa yang kita boleh kawal: RISIKO!

 

Minggu pertama susun product launch, adalah minggu yang paling kritikal.

 

Salah buat? Boleh melingkup.

 

Ini contoh yang kita boleh buat dalam masa 24 jam pada minggu 1:

 

+ Buat survey free gift dan dapatkan minimum 100 respon daripada customer sedia ada.

 

+ Dalam survey, bagi minimum 10 free gift (sekali dengan gambar dan harga).

 

+ Dalam survey, tanya customer mereka suka beli pakej produk yang macam mana untuk dapat free gift (Contoh: 3 kotak / 5 kotak / 10 kotak).

 

+ Dalam survey, tanya minimum 3 harga cadangan (Contoh: RM150 / RM199 / RM249).

 

+ Dalam survey, tanya juga soalan yang adakah mereka berminat untuk kita SMS untuk jadi pembeli pantas? (Contoh: Ya / Tidak).

 

Lepas dapat 100 respon, barulah kita susun offer.

 

Contoh susun offer?

 

Fast action bonus. Main bonus. Surprise bonus. Ini paling basic.

 

Boleh belajar dalam kelas Hack A Launch Digital.

 

.

 

Minggu 2 - Prelaunch (Salesletter & Ads Campaign)

 

Minggu kedua adalah masa untuk siapkan copywriting.

 

Copywriting untuk salesletter (website) dan juga copywriting untuk ads campaign.

 

Untuk copywriting salesletter, contoh elemen yang wajib ada:

 

+ Headline: Cerita tentang promosi yang kita buat untuk product launch.

 

+ Visual (Gambar / video): Senarai free gift kita ikut susunan fast action bonus dan main bonus.

 

+ Tarikh dan masa pelancaran: Jualan hanya dibuka selama 4 jam.

 

+ Borang untuk masuk waiting list: Ambil nama, email dan nombor telefon (ini paling minimum).

 

Contoh untuk ads campaign pula?

 

+ Iklan (gambar / video): Testimonial customer yang dah guna produk kita.

 

+ Iklan (gambar / video): Free gift (Fast action bonus).

 

+ Iklan (gambar / video): Free gift (Main bonus)

 

+ Untuk iklan free gift, boleh juga gunakan sebagai retargeting ya.

 

.

 

Minggu 3 - Launch (Boil & Maximize Sales)

 

Masa hari launch, pastikan minimum 3 jam sebelum launch kita dah buat aktiviti berikut. Contohnya:

 

+ Test SMS (Blast pada nombor sendiri).

 

+ Test website untuk buat dummy purchase (cuba beli sendiri)

 

+ Minta team untuk standby. Buat briefing dan senaraikan checklist untuk worst case scenario.

 

.

 

Pastikan juga kita sudah panaskan bakal customer kita dengan aktiviti seperti:

(Contoh jika kita launch pukul 8 malam sampai 12 pagi)

 

+ Pagi: SMS bakal customer untuk remind mereka.

 

+ Petang: SMS bakal customer untuk remind mereka.

 

+ Malam: Jualan dibuka: SMS bakal customer yang jualan sudah dibuka.

 

+ 2 jam sebelum tutup: SMS customer untuk reminder yang jualan akan tutup 2 jam lagi.

 

+ 1 jam sebelum tutup: SMS customer untuk reminder yang jualan akan tutup lagi 1 jam.

 

+ Jualan tutup: SMS customer dan ucapkan terima kasih.

 

.

 

Minggu 4 - Post Launch (Review & Scale)

 

.

 

Dah buat launch? Tahniah!

Untung? Tahniah!

 

Rugi? Pun tahniah!

 

Ini masa untuk kita buat post launch review.

 

Kita lihat balik apa yang boleh dibaiki untuk next launch.

 

Contoh soalan yang perlu dijawab 24 jam selepas buat launch?

 

1 - Jika launch saya berkesan, apakah offer yang saya gunakan?

 

2 - Jika launch saya berkesan, apakah kempen marketing yang saya gunakan?

 

3 - Jika launch saya tak berkesan, apa yang saya tak buat?

 

.

 

Sekian 4 minggu punya gameplan dari saya dan Uncle.

 

Saya sangat-sangat berharap sharing ini dapat bantu bisnes anda buat sales minimum RM100,000 dalam masa 4 jam.

 

MINIMUM.

 

.

 

Sekarang saya cabar untuk anda buat serta merta.

 

Contoh dan gerak kerja saya dah bagi.

 

Kemudian saya nak cabar anda untuk daftar ke kelas Hack A Launch Digital.

 

.

Jangan ponteng walau 1 hari pun. Sebab kelas ini 7 hari straight secara online.

 

.

 

Daftar sebelum harga naik lagi. Daftar sebelum kami tutup.

 

Sebab setakat ini, kami tak pernah turunkan harga.

 

Kelas ini macam harga petrol. Haha.


>>>Hack A Launch<<<
 

 

>>>Buku Hack A Launch<<<
 

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product