FB Call Saya Tadi

FB Call Saya Tadi

Salam dan hai~!

Saya baru habis sesi konsultasi bersama FB Marketing Expert...

Ini apa yang mereka sarankan saya adjust dan beserta pendapat peribadi saya untuk setiap saranan dari FB.

 

BAB SCALING:

 

SARANAN DARI FB:
Apabila nak scale bajet jangan lebih dari 30%. Scale bajet lebih dari 30% akan menyebabkan gangguan algorithm dan performance ke laut.

 

PENDAPAT SAYA:
Ya, betul, scale bajet secara mendadak boleh buatkan prestasi iklan ke laut. Tetapi, saya dah biasa buat scaling laju dengan naikkan bajet 100%-300% dari bajet asal.

Tapi, ada cara untuk kawal kos ads supaya tak naik mendadak. Caranya dengan gunakan COST CAP. Saya dah uji cara ini lebih dari 6 bulan.

Bukan semua niche sesuai untuk scale perlahan-lahan naikkan bajet 30%, je. Ada niche yang memang kena laju.

Contoh: Fesyen, tiket konsert

Saya pernah buat ads untuk klien yang jual tiket konsert kanak-kanak.

KPI masa itu adalah, nak habiskan tiket dalam masa 2 minggu sahaja!

Kalau nak scale 30%, 30%, 30%... jawabnya mana sempat nak habiskan jualan tiket dalam 2 minggu.

Disinilah bergunanya cara ROCKET SCALING untuk scale dengan laju.

Cuma, bila scale laju, memang ada risiko tinggi sikit.

Scale perlahan, risiko rendah.

Terpulang, anda nak laju atau perlahan.

Kalau saya, saya suka laju. Antara labur masa dengan labur duit, saya suka laburkan duit.

Masa tak boleh dibuat. Duit ni kita boleh buat, boleh jana, ianya bukan isu.

Masa ni, kalau ada sejuta RM pun, mana kita boleh beli.

Tapi, sekali lagi. Bergantung pada tahap toleransi anda terhadap risiko. :)


LOOKALIKE AUDIENCE:

 

SARANAN FB:
Mesti ada minima 1000 orang dalam custom audience kalau nak buat Lookalike audience. Supaya ads dapat perform dengan baik.

 

PENDAPAT:
Saya dah banyak kali uji Lookalike audience ni. Setakat dah 5 tahun saya guna Lookalike audience ni, elok je ads boleh perform walaupun lookalike tu dibina berdasarkan custom audience yang ada kurang dari 1000 orang.

Biasanya saya buat Lookalike dari data purchase bila dah ada lebih 400 purchase dan Lookalike Initiate Checkout bila dah ada lebih 500 IC.

Cuma, kalau saya nak buat lookalike audience ALL WEBSITE VISITOR je saya akan tunggu ada lebih 1000 orang. Sebab kualiti audience website visitor tak sebaik kualiti audience yang dah purchase dan initiate checkout. :)

 

KESIMPULAN:
Apa yang paling penting adalah kena test, test dan test. Tak boleh terlalu berpegang pada teori.

Praktikal dan uji kaji sentiasa melangkaui teori.

Tiada satu orang dalam dunia ini pun yang tahu apa yang terbaik untuk bisnes anda.

Hanya anda sahaja yang faham bisnes anda.

WAKATA? Araso? 明白吗? Understand? ;)

Credit Content Email Danial Arif

>>>Ebook Percuma Hack A Launch<<<

>>>Buku Hack A Launch<<<

>>>Hack A Launch Digital<<<
 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product