Cuba Check Anda Ada Slip Disc Ke?

Cuba check anda ada slip disc ke?

 


Slipped Disc pada Tulang Belakang

Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk

 

Pengenalan

Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

 

Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.

 

Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).

 

Sakit belakang yang di alami berpunca dari :

- Perubahan kepada disc

- Kecederaan otot

- Postur tidak betul

- Patah tulang belakang (jarang)

- Kelemahan otot stabiliti

 

Gejala-gejala Slipped dics

- sakit belakang

- sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)

- Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)

 

Objektif Rawatan Fisioterapi

- Untuk mengurangkan sakit

- Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal

- Untuk mengekalkan julat pergerakan badan

- Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan

- Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit

 

 

Klasifikasi sakit

- Sakit belakang akut – Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan

- Sakit belakang kronik – Sakit yang di alami melebihi 3 bulan

- Sakit belakang berulang (recurrent) – Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan

 

Komplikasi

Limitasi dalam aktiviti harian disebabkan sakit.

 

Pencegahan

Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :

 

Semasa baring

- Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.

- Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut

 

Semasa berjalan

Memakai kasut bertumit rendah yang selesa

 

Semasa duduk

- Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik

- Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang

 

Semasa berdiri

Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah

Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul

Lakukan senaman secara tetap

Menjaga berat badan

Amalkan kecergasan keseluruhan

 

Rehabilitasi

 

Pengurusan sakit

Ice pack – untuk sakit belakang yang akut

Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.

hot pack – untuk sakit belakang yang kronik dan berulang

Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastikan tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit.  Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.

 

Program senaman sakit belakang

 

 

Pelvic Tilt 
Posisi : baring di atas permukaan yang rata Cara melakukan : keraskan otot  abdominal, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat Ulangi kaedah ini minima 5 kali

 

 

Hip Rolling 
Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
 


Lower Abdominal Exercise 
Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan Cara melakukan :
 

1) gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.

2) Angkat kaki ke atas dengan kedua- dua lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah
 

 Ulangi kaedah ini minima 5 kali
 

 

Cat and camel 

Posisi : merangkak Cara melakukan : Melengkungkan bahagian belakang sambil muka pandang atas, tahan untuk 3 saat. Kemudian bongkokkan   tulang belakang dan tahan 3 saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali

 

Lumbar stabilization Exercises

 

Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan

 

Cara Melakukan : luruskan lutut kanan, Keraskan otot abdominal dan pastikan badan dalam posisi neutral. Angkat kaki kanan setinggi 12 inci dari lantai, (lutut kanan dalam keadaan lurus), tahan 3 saat dan turunkan kaki.

 

Ulangi kaedah ini minima 5 kali.

 

Sumber myhealth.gov.my

 


 

Tengah Cari Tukang Urut Lelaki Yang Boleh Datang Rumah?

Tak dek masa nak pergi kedai urut & suka privacy?

 

✅   Hanya urut lelaki Muslim normal sahaja.
✅   Urutan Tradisional Melayu + Reflexology. Tiada urutan batin.

✅   Berpengalaman lebih 13 tahun mengurut VVIP.

✅   Urut mengunakan minyak herba premium yang mengandungi Habbatussauda, Minyak Zaitun, Halia Bara, Kayu Manis, Halba & Cengkih  yang bernilai RM129.

✅   Cover area Lembah Klang sahaja.

✅   Servis direct ke rumah / office / premis / hotel sahaja. Tiada kedai walk in.


Slot Urutan Badan Wak Jonet

 

✅ Setiap hari beroperasi. Slot cepat penuh kena cepat booking slot. Sila rancang jadual untuk urut. Jangan buat kerja last minit 😂

 

👉🏻 Slot Pagi

10 Pagi ke atas

 

👉🏻 Slot Petang

Selepas solat Zuhur

2 petang ke atas  

 

Selepas solat Asar

5 petang ke atas

 

👉🏻 Slot Malam

Selepas solat Magrib

9 malam ke atas sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

 

Pakej Urutan


✅   Percuma caj transport yang bernilai RM10

 

✅   Percuma calendar Wak Jonet 2025 limited edition bernilai RM10.00 (Selagi stok masih ada)

 

✅   Boleh buat pembayaran menggunakan Touch & Go, Transfer, QR Code atau Cash
 
✅ Pakej Puas Hati

Harga Sebenar 2 Jam RM199


✅ Pakej Sedap
 1 Jam 30 Minit RM149


✅ Pakej Best
1 Jam RM99

 

 Wasap

011-1100-2348 (Klik Sekarang Untuk Wasap)


Website Wak Jonet

  Testimoni Wak Jonet (Klik Sekarang)