Copywriting SMS Yang Proven Untuk Fasa Pre Launch Dan Launch? (Sekali Dengan Contoh!)

Copywriting SMS yang proven untuk fasa pre launch dan launch? (Sekali dengan contoh!)

 

Copywriting SMS yang proven untuk fasa pre launch dan launch? (Sekali dengan contoh!)

 

Saya jarang cerita tentang taktik.

Tapi, sepanjang kami buat kelas Hack A Launch, ramai alumni yang tanya soalan yang sama berkenaan SMS.

 

Bukan sekali. Bukan dua kali.

 

Tapi berkali-kali.

 

.

 

SMS ini sebenarnya teknologi untuk berkomunikasi dengan pelanggan kita saja.

 

Ingat, ia adalah teknologi.

Sama seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

 

Teknologi ini hanya memudahkan kerja dan proses.

 

.

 

Yang paling penting adalah strategi ini.

Macam mana kita mahu guna? Untuk tujuan apa? Supaya capai matlamat apa?

 

.

 

Untuk product launch, biasanya teknologi SMS digunakan pada 2 fasa iaitu:

 

FASA 1 - PRE-LAUNCH.

 

FASA 2- LAUNCH.

 

Saya akan kongsikan simulasi dan contoh. Mudah untuk kita semua faham gambaran besar.

 

Paling penting, dalam masa 24 jam selepas baca, kita dah tahu nak buat apa.

 

.

 

FASA 1 - SMS PRE-LAUNCH.

 

Apa matlamat utama SMS untuk pre launch?

 

Awareness.

 

Bagi kesedaran. Bagi keinsafan kepada customer dan prospek kita. Haha.

 

Bagitahu mereka yang kita akan buat promosi khas pada tarikh dan masa spesifik.

 

Saya terus bagi contoh ya.

 

Jika kita nak buat product launch, maka contoh SMS prelaunch kita adalah seperti berikut:

 

Berapa kali blast: 1 kali.

 

Contoh SMS: Produk A akan buat promo. Ada hadiah bernilai RMXXX untuk 10 pembeli pantas. Tarikh dan masa semua ada di website: (website anda)

 

.

 

FASA 2 - SMS LAUNCH

 

SMS launch pula  berbeza dengan pre launch.

 

Ia bergantung pada strategi kita.

 

Dalam Hack A Launch, biasanya kami gunakan waiting list.

 

Mana-mana prospek yang masuk dalam waiting list, maksudnya mereka izinkan kita untuk blast SMS untuk beritahu jualan dibuka.

 

.

 

Kaveat: Hanya SMS pada prospek yang masuk waiting list khas saja untuk product launch.

 

Berapa kali blast: 3 kali

 

(SMS Jualan dibuka. SMS 2 jam sebelum jualan tutup. SMS 1 jam sebelum tawaran tutup)

 

Contoh SMS (Jualan dibuka):

 

Jualan dah dibuka! 10 pembeli pertama dapat hadiah bernilai RMXXX. Beli sekarang: (website anda)

 

Contoh SMS (2 jam sebelum jualan tutup):

 

Lagi 2 jam jualan akan tutup ya. Kami tambah lagi 3 hadiah bernilai RMXXX. Beli sekarang: (website anda)

 

Contoh SMS (1 jam sebelum jualan tutup):

 

Lagi 1 jam! Last call untuk dapat hadiah bernilai RMXXX. Beli sekarang: (website anda)

 

.

 

Saya dah terangkan secara detail cara untuk buat SMS prelaunch dan launch.

 

Bukan sekadar copywriting.

 

Saya dah bagi sekali strategi dan template.

 

Sila gunakan dan selamat menghasilkan jualan besar dengan SMS.

 

.

 

Saya pun nak jemput (dan cabar) semua usahawan supaya datang ke kelas online Hack A Launch selama 7 hari straight.

 

Kita ada sesi brainstorm dan buat product launch sama-sama.

 

Siap ada Telegram Group untuk discuss dan review segala strategi product launch khas untuk bisnes anda.

 

Link pendaftaran di bawah ini.


>>>Hack A Launch<<<
 

 

>>>Buku Hack A Launch<<<
 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product