Case Study Mr WOW Laksa

Case Study Mr WOW Laksa

Pemuda ini baru berusia 26 tahun. Jual laksa resipi ibunya. Dah bisnes 5 tahun sejak tahun 2017. Tapi sales nak capai RM10k pun susah. Sales stuck lebih kurang RM8k je sebulan selama 5 tahun meniaga.

 

Geram dengan situasi itu beliau terus dapatkan advise kami. Masih ingat kata-kata saya (Hasbul ‘Ariff) dalam ingatan Tuan Zulhelmie.

 

“1st look produk perlu dititik beratkan sekaligus teliti kos dan margin untung yang berbaloi dengan usaha kita meniaga”  

 

Terus upgrade packaging polisterin biasa kepada packaging yang ada sticker Mr Wow Laksa, sales yang dulunya statik angka RM8k sebulan naik angka RM40k sebulan.  Macam mana dengan tukar packaging je boleh naikkan sales?

 

Jom sambung baca:

 

1. Naikkan harga semangkuk laksa

 

Jika dulu harga dalam bekas polisterin semangkuk laksa dijual dengan harga RM3.50. Tapi, lepas pemilik Mr Wow Laksa ni dah upgrade packaging, semangkuk dijual dengan harga RM5.00.  

 

Impaknya, jumlah mangkuk laksa yang terjual 350 hingga 400 mangkuk sehari dan Tuan Zulhemie boleh jana RM1.5k hingga RM2k sales setiap hari.  

 

Mula-mula Tn Zulhemie takut juga nak naikkan harga sebab orang dah biasa dengan harga RM3.50 selama lima tahun dia berniaga tapi pegangannya hanya satu, “jangan takut letak harga kerana usaha anda tidak murah”  

 

2. Packaging cantik lebih menggiurkan pelanggan untuk dipromosi

 

Tak dinafikan, bila packaging dah cantik senang untuk Tuan Zulhelmie tangkap gambar atau video untuk promosikan Mr Wow Laksa.  

 

Packaging kemas, cantik dan urban bantu untuk  buat orang terliur dan orang akan tertarik untuk upload di sosial media mereka. Dari situ, Mr Wow Laksa dah dapat free publisiti dari pelanggan mereka sendiri.  

 

Team Mr Wow Laksa juga variasikan konten dengan buat Live, gambar santai, story telling dan macam-macam lagi supaya pelanggan tak bosan dengan konten di page Mr Wow Laksa.  

 

3. Upah Youtuber ikut trending semasa

 

Ketika video mukbang tengah trending, Tuan Zulhemie ambil kesempatan itu untuk upah Youtuber yang buat video mukbang tersebut bagi  mempromosikan Mr Wow Laksa.  Video ini diulang pakai sebagai bahan marketing Mr Wow Laksa dan sehingga kini masih kekal relevan.

 

4. Tanya pelanggan apa kurangnya Mr Wow Laksa

 

Customer yang order online akan ditanya oleh team Mr Wow Laksa apa kekurangan laksanya untuk Tuan Zulhelmie tambah baik dari masa ke semasa. Tanpa kekuatan dari kesedapan Mr Wow Laksa tak mungkin sales akan terus meningkat dengan tukar packaging semata-mata.  

 

Hingga kini, saving syarikat Mr Wow Laksa dah capai RM70k walaupun hanya meniaga di tepi jalan. Tuan Zulhemie ada menitipkan bait nasihat kepada peniaga tepi jalan, katanya:  

 

“Catit setiap duit bisnes yang keluar masuk, jangan guna duit hasil jualan hari ini untuk kegunaan peribadi. Walaupun kita meniaga tepi jalan dipandang rendah orang, tapi kita kena ada mindset untuk berkembang,” kata Tuan Zulhemie.

Credit Content Hasbul Brother 

 

Nak Naikkan Sales? Klik

 

Seminar Percuma STRATEGY LEDAK SALES DI BULAN RAMADHAN

 

Shopee Hero Download percuma di sini

 

Belajar Lebih Banyak Tentang Shopee Di Sini

 

Pastikan Join, Unmuted & Pin Channel Telegram Mudahnya Berniaga Di Shopee

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product