Case Study Bisnes Salon

Case Study Bisnes Salon

Perkenalkan ini adalah Puan Razilawati yang buka bisnes salon dan spa di Kedah.  

 

Mengeluh staff selalu keluar masuk bila mula belajar dengan kami, ini yang kami share dengan wanita ini untuk buat staff setia.

 

Kalau anda nak tahu bisnes spa ni memang 100% bergantung dengan layanan dan servis staff, jika staff 'out' memang customer tak datang lagi. Lagi teruk, customer tu sebarkan cerita dan viral kan memang boleh bungkus bisnes servis.

 

Jadi, ini yang kami advise student kami ni:

 

1. Jaga kebajikan staff

 

Selama ini staff salon beliau selalu keluar masuk. Sukar baginya untuk grow company sebab sales salon beliau bergantung kepada performance setiap staff.  

 

Jadi, selepas dah belajar beliau mula tekankan tentang career development, training dan kenaikan gaji setiap staff.  

 

Selepas tiga bulan staff yang dah disahkan jawatan akan terima kenaikan gaji dan elaun kedatangan penuh.  

 

Setelah enam bulan pula, beliau naikkan gaji lagi staff di salonnya dan hantar staff untuk training bagi memantapkan lagi skill.  

 

Tindakan ini buatkan pekerja lebih yakin untuk berkhidmat di salonnya dalam tempoh yang lama.  

 

2. Salon ada SOP

 

Puan Razilawati menulis setiap Standard Of Procedure (SOP) untuk empat orang staff di salonnya.  

 

Position setiap staff adalah stylist dan shampoo girl. SOP adalah panduan aktiviti kerja syarikat mengikut standard yang ditetapkan. Objektif SOP adalah bagi memastikan hasil kerja setiap staff mempunyai kualiti yang terbaik.  

 

Antara lain, SOP juga adalah susunan prosedur dalam setiap tugasan kerja yang dilakukan yang bertujuan untuk mempermudahkan gerak kerja staff.  

 

3. Feedback dan follow up pelanggan

 

Nak bersaing dengan salon lain di sekitar Kedah, Puan Razilawati ambil langkah untuk ambil feedback dan follow up pelanggan melalui WhatsApp dan call. Pelanggan juga diminta untuk meninggalkan feedback di Google tentang Rusila Spa.  

 

Belajar sesuatu dari apa yang Puan Razilawati ni buat?

 

Credit Content Hasbul Brother

 

Nak Naikkan Sales? Klik

 

Seminar Percuma STRATEGY LEDAK SALES DI BULAN RAMADHAN

 

Shopee Hero Download percuma di sini

 

Belajar Lebih Banyak Tentang Shopee Di Sini

 

Pastikan Join, Unmuted & Pin Channel Telegram Mudahnya Berniaga Di Shopee

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product