Tekad Berhenti Belajar Bidang Perubatan
Harapan setinggi gunung orang tua gadis ini hancur berderai menjadi debu apabila anak yang sedang belajar dalam jurusan perubatan nekad tak nak lagi teruskan pengajian.
Orang tua mana yang tak kecewa apabila anak gadis harapan terkandas di tengah jalan.
Tapi apa boleh buat, anak gadis mereka tekad nak pilih jalan hidup sendiri tanpa campur tangan ibu bapa kandung.
Cubaan untuk mengambil hati oleh anak gadisnya tak dipedulikan sama sekali. Masakan yang dimasak tak dijamah, tangan dihulur tak bersambut.
Sambung Legasi Bisnes Kuih Tat Nenas Ibu Tercinta
Enggan dipandang rendah lagi Puan Soleha Rafiee bangkit dan ambil alih bisnes ibunya. Resipi yang diadun sejak tahun 2000 dianekakan menjadi kuih raya yang premium, homemade dan handmade.
Puan Soleha mula ambil alih pada tahun 2016. Tapi bisnes ibunya dahulu hanya praktikkan sistem jual beli, bukannya bina bisnes yang sebetulnya.
Ibunya berniaga ambil order dan jual, tiada rekod dan catitan. Tempahan pelanggan hanya tersemat di kepala.
Beliau terus sambung apa yang dilakukan ibunya hinggalah dua tahun kemudian beliau nekad nak ubah sistem perniagaannya.
Impiannya besar. Beliau ingin ubah perniagaan kecil ibunya menjadi satu empayar untuk keluarga besarnya dan membuka peluang orang ramai untuk memiliki ‘bisnes’ mereka sendiri satu hari nanti.
Beliau mulakan journey dengan seminar Grow Your Business. Bagaimana kami bantu beliau dari bisnes cara kampung boleh berkembang hingga capai sales RM 564 ribu pada Mei 2020 (bulan puasa & raya)?
1.Kira kos dengan betul
Selama ni kos barang mentah, kos packaging, upah, kos overhead, kos penghantaran, kos keuntungan semuanya hanya kira-kira di minda Puan Soleha sahaja. Bila dah belajar kira kos dengan betul, barulah beliau sedar sales yang diraih untung atau rugi. Sebelum ini, catit pun tak. Bisnes cara kampung la katakan.
Kos margin untung yang cukup sangat penting untuk pastikan aliran tunai syarikat positif bagi menambah-baik produk dan kembangkan bisnes.
2. Bina ejen
Saluran pengedaran yang terhad kepada orang sekeliling, kenalan dan sanak saudara sebelum ini berjaya dikembangkan dengan bantuan ejen yang dilantik.
Ejen tu mestilah berkualiti dan tak mudah putus asa barulah boleh jana sales yang terbaik untuk syarikat.
Kini, Puan Soleha sudah memiliki ejen produknya sendiri di hampir setiap negeri di Malaysia.
3. Branding
Lihat saja package exclusive terbaru dari jenama Puan Soleha ini. Tapi bukan ilmu packaging sahaja kami kongsikan.
Ilmu brand identity, brand positioning, konten marketing dan banyak lagi untuk pastikan pelanggan ingat akan brand Puan Soleha.
Dari sistem kampung dah berkembang dengan bersistem
Tak sampai 4 bulan dah boleh nampak hasil. Daripada jualan empat angka pada September 2019 melonjak naik pada bulan Oktober sebanyak RM 21 ribu.
Bulan November dan Disember 2019 jualan kuih raya Puan Soleha berjaya capai RM 32 ribu dan sebanyak RM 62 ribu pada bulan Januari dan Februari 2020.
Yang paling gempar, sales jualan biskutnya ketika Hari Raya PKP 2020 pada Mei lalu pecah rekod jualan sebanyak RM 564 ribu.
Update baru, setakat tarikh 7 Mac 2021 jam 1:50pm tempahan kuih raya Puan Soleha dah capai 18,490 balang.
Nak Naikkan Sales? Klik
Seminar Percuma STRATEGY LEDAK SALES DI BULAN RAMADHAN
Shopee Hero Download percuma di sini
Belajar Lebih Banyak Tentang Shopee Di Sini
Pastikan Join, Unmuted & Pin Channel Telegram Mudahnya Berniaga Di Shopee
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video
Klik untuk lihat product