Cara pilih dan susun fast action bonus untuk product launch?
Fast action bonus ini macam jampi.
Pengalaman kami, jika kita berjaya pilih free gift untuk fast action bonus yang betul, sales memang pergi laju.
Biasanya, sales akan laju 5 ke 10 minit pertama bila jualan dibuka.
.
Begitu juga sebaliknya.
Jika fast action bonus kita gagal, maka sales akan sendu untuk 5 ke 10 minit pertama.
Ia juga akan memberi kesan pada keseluruhan sales sepanjang jualan dibuka.
Kami pernah rugi berpuluh ribu hanya kerana salah pilih fast action bonus.
Apa yang kami belajar daripada kegagalan?
Bagaimana caranya untuk pilih fast action bonus yang betul?
.
1 - Tak semestinya harga mahal
Saya sendiri mula-mula ingat fast action bonus ini wajib produk harga mahal.
Alhamdulillah, silap besar dan rugi teruk. Haha.
Kemudian baru saya faham, harga tak semestinya mahal.
Yang penting: NAMPAK MAHAL di mata pelanggan.
(Tapi kena faham juga poin nombor 2 nanti)
Apa maksud nampak mahal?
Sebagai contoh:
+ Produk: Suplemen kesihatan lutut.
+ Jual kat siapa: Lelaki dan wanita usia 50 tahun ke atas.
+ Hadiah yang nampak mahal: Sejadah yang tebal untuk solat.
.
2 - Melengkapi customer kita.
Ia sangat berkait rapat dengan tip pertama.
Untuk kita berjaya kenal pasti free gift yang nampak mahal di mata customer untuk fast action bonus, penting untuk kita kenal siapa customer.
Sebelum ini, saya kongsikan free gift fast action bonus sejadah yang tebal untuk melindungi lutut.
Macam mana nak tambah idea lebih banyak?
Lihat contoh di bawah. Saya bagi contoh 1 produk sama, tapi dijual kepada 2 kategori customer berbeza.
Produk: Suplemen kesihatan lutut.
Kategori customer 1: Lelaki dan wanita usia 50 tahun ke atas.
Free gift fast action bonus yang sesuai:
+ Sejadah tebal untuk melindungi lutut.
+ Suplemen sakit lutut.
+ Knee protector.
.
Produk: Suplemen kesihatan lutut.
Kategori customer 2: Anak yang beli untuk ibu bapa yang ada masalah sakit lutut.
Free gift fast action bonus yang sesuai:
+ Smartwatch.
+ Smartphone.
+ Airfryer.
.
Kalau kita lihat 2 contoh kategori customer di atas, kita akan nampak perbezaan yang ketara.
Kenapa kategori customer nombor 2 sangat berbeza?
Sebab sasaran utama kita adalah anak-anak. Mereka beli untuk ibu bapa mereka.
Jadi free gift fast action bonus ditujukan kepada golongan anak-anak. Bukannya ibu bapa mereka.
.
3 - Hanya untuk pembeli terpantas.
Dah nama pun fast action.
Maka hadiah ini bukan semua customer boleh claim.
Hanya mereka yang buat pembelian pantas apabila jualan dibuka saja.
Sebagai contoh:
+ 5 Pembeli pantas apabila jualan dibuka akan dapat Airfryer bernilai RM299.
+ 5 Pembeli pantas apabila jualan dibuka akan dapat Sejadah Tebal bernilai RM99.
+ 5 Pembeli pantas apabila jualan dibuka akan dapat smartwatch Redmi bernilai RM129.
>>>Hack A Launch<<<
>>>Buku Hack A Launch<<<
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video