Cara Nak Buat Survey (dan Contoh Soalan) Sebelum Buat Product Launch?

Cara nak buat survey (dan contoh soalan) sebelum buat product launch?

Cara nak buat survey (dan contoh soalan) sebelum buat product launch?

 

Uncle pernah bagitahu banyak kali.

 

Saya pun pernah bagitahu banyak kali.

 

Alumni Hack A Launch dan klien Incubator kami pun pernah bagitahu banyak kali.

 

.

 

Survey ini sangat penting.

 

Penting sangat ke?

 

Ya. Sampai kami akan cuba untuk pastikan ia adalah aktiviti utama sebelum buat product launch.

 

.

 

Soalan seterusnya, macam mana nak buat survey?

 

Apa soalan yang patut ditanya?

Macam mana nak tahu soalan yang ditanya itu betul atau tidak?

 

.

 

Sebelum saya kongsi dengan lebih spesifik, penting untuk kita faham.

 

There is no one size fits all.

 

Tak ada seluar dalam yang muat untuk semua orang. Walaupun free size.

 

.

 

Kita akan sentiasa eksperimen. Dan kita akan sentiasa buat salah.

 

Setiap kali kita buat salah, kita belajar. Kemudian kita buat lebih baik di masa akan datang.

 

.

 

Tapi, ada beberapa soalan dalam survey yang kami nampak berjaya menghasilkan kejayaan yang besar dalam product launch.

 

Saya akan bagi contoh.

 

Supaya dalam masa 24 jam lepas kita baca contoh ini, kita boleh terus buat.

 

Saya tak nak cerita tentang teknologi survey. Keep it simple.

 

Pakai saja aplikasi seperti Google Form.

 

.

 

Pastikan soalan-soalan survey ini diajukan kepada customer sedia ada.

 

Pastikan juga kita buat aktiviti survey ini sebelum product launch.

 

Oh ya, senarai soalan di atas ini tak semestinya perlu susun ikut 1, 2, 3 dan seterusnya macam saya bagi contoh di bawah.

 

Cara susunan? Terpulang.

 

.

 

Matlamat: Nak tahu free gift apa yang customer mahu.

 

Soalan: Berdasarkan 5 free gift yang kami senaraikan di bawah, mana satu yang anda mahu?

 

Visual yang diperlukan: Gambar semua free gift.

 

.

 

Matlamat: Pastikan customer bersedia pada tarikh product launch.

 

Soalan: Adakah anda mahu kami remind anda pada tarikh dan masa untuk promo eksklusif yang kami bakal buat pada (tarikh)?

 

Visual yang diperlukan: Gambar design promo product launch kita (tarikh, masa dan produk).

 

.

 

Matlamat: Tahu harga yang terbaik untuk customer.

 

Soalan: Di bawah adalah 3 senarai harga untuk promo, mana satu pilihan anda?

 

Visual yang diperlukan: Tiada.

 

.

 

Matlamat: Nak tahu push factor untuk membantu customer buat keputusan pembelian.

 

Soalan: Apakah yang membuatkan anda teruja untuk lakukan pembelian apabila kami buka jualan pada tarikh promo nanti? (Free gift, harga, kedua-duanya, lain-lain)

 

Visual yang diperlukan: Tiada

 

.

 

Ini antara soalan-soalan utama yang dapat membantu kita untuk kurangkan risiko kerugian dalam product launch.

 

Semoga bermanfaat.


>>>Hack A Launch<<<
 

 

>>>Buku Hack A Launch<<<
 

 

 

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product