Cara Elakkan Rugi Besar Bila Buat Product Launch?

Cara elakkan rugi besar bila buat product launch?

Cara elakkan rugi besar bila buat product launch?

 

Satu ayat yang saya pegang sampai hari ini,

 

“Rugi itu pasti. Untung itu rezeki.”

 

Walaupun rugi itu pasti, kita juga boleh kawal kerugian.

 

Dalam dunia bisnes, cara kita menguruskan kerugian akan membantu kita memaksimumkan keuntungan.

 

.

 

Untuk product launch, macam mana nak elak daripada rugi terlalu besar?

 

Berdasarkan pengalaman menguruskan lebih 100+ product launch di dalam dan luar negara, ini 5 disiplin yang kami cuba untuk sentiasa buat.

 

.

 

Disiplin 1 - Survey free gift menggunakan customer sedia ada

 

Survey ini sangat power.

 

Jika digunakan dengan betul, kita bukan saja dapat kurangkan risiko kerugian dan kegagalan.

 

Kita juga akan tahu:

 

1 - Bila patut kita buat product launch?

 

2 - Apa free gift apa yang buatkan customer teruja?

 

3 - Berapa harga pakej yang patut kita letak?

 

Contoh gerak kerja survey free gift menggunakan customer sedia ada?

 

+ Jumlah customer sedia ada: 1,000.

 

+ Soalan survey 1: 5 senarai free gift yang customer boleh pilih. Sediakan ruangan kosong juga supaya customer boleh recommend free gift yang tak ada dalam senarai.

 

+ Soalan survey 2: 3 kategori pilihan harga yang customer mahu.

 

+ Soalan survey 3: 3 tarikh product launch yang customer boleh pilih.

 

.

 

Disiplin 2 - Launch guna customer sedia ada

 

Jangan gelojoh buat paid advertising dulu.

 

Lebih-lebih lagi kalau kita baru pertama kali buat product launch.

 

Guna aset seperti customer sedia ada.

 

Conversion rate pun sangat tinggi sebenarnya (jika produk kita memang bagus dan customer berpuas hati).

 

Saya bagi contoh terus ya:

 

+ Jumlah customer sedia ada: 1,000.

 

+ Conversion rate untuk product launch: 50%

 

+ Harga pakej: RM99

 

+ Jumlah sales: RM49,500.

 

(Angka ini hanya contoh berdasarkan eksperimen alumni-alumni Hack A Launch menggunakan customer sedia ada)

 

.

 

Displin 3 - Launch guna prospek sedia ada

 

Selain customer sedia ada, kita juga ada aset emas yang jarang digunakan iaitu…

 

Jumlah prospek yang masih belum lakukan pembelian.

Kita boleh product launch khas untuk kategori ini juga.

 

Namun begitu, conversion rate biasanya tak setinggi launch pada customer sedia ada.

 

On average, 5% ke 15% maksimum.

 

.

 

Tapi ia masih berbaloi sebab kita sendiri pun jarang buat tawaran khas untuk prospek yang belum pernah membeli.

 

Sebagai contoh:

 

+ Jumlah prospek sedia ada: 1,000.

 

+ Conversion rate untuk product launch: 5%

 

+ Harga pakej: RM99

 

+ Jumlah sales: RM4,950.

 

(Angka ini hanya contoh berdasarkan eksperimen alumni-alumni Hack A Launch menggunakan prospek sedia ada)

 

.

 

Disiplin 4 - Guna segala distribution channel sedia ada

 

Apa maksud distribution channel?

 

Distribution channel adalah segala platform yang kita ada untuk berkomunikasi dengan prospek atau customer sedia ada.

 

Saya bagi contoh terus ya supaya dapat nampak lebih jelas:

 

+ Distribution channel: Facebook Pages, Whatsapp Group, Instagram Post, Instagram Story, Facebook Group, dan sebagainya.

 

+ Facebook Pages: 10,000 followers.

 

+ Whatsapp Group: 100 contacts.

 

+ Instagram: 10,000 followers.

 

+ Facebook Group: 1,000 users.

 

Untuk conversion rate dengan hanya menggunakan distribution channel ini, kita boleh gunakan angka 5% hingga 30%. Bergantung pada offer dan strategi prelaunch kita.

 

.

 

Disiplin 5 - Blast guna SMS

 

Ini bahagian teknikal saja.

 

Jika kita ada database (customer sedia ada dan prospek yang belum membeli), kita boleh gunakan SMS.

 

Open rate untuk SMS ini lebih tinggi berbanding yang lain.

 

Namun ia bergantung pada:

 

1 - Kita mesej kepada siapa (customer sedia ada atau prospek yang belum membeli).

 

2 - Ayat yang dihantar.

 

Contohnya, kita mahu hantar SMS kepada customer sedia ada untuk beritahu tentang product launch yang bakal kita buat:

 

+ Kategori: Customer sedia ada.

 

+ Ayat SMS: [Brand A] Terima kasih kerana jadi customer produk ABC. Kami ada buat special offer. Boleh menang hadiah bernilai RM1,499. Klik sini: (websiteanda)


>>>Hack A Launch<<<
 

 

>>>Buku Hack A Launch<<<
 

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product