Cara buat copywriting prelaunch guna video?
Video marketing memang sangat power.
Lagi power bila kita faham cara untuk gunakan media ini apabila buat prelaunch.
Pengalaman kami sendiri, conversion guna video memang convert lebih baik berbanding teks dan gambar.
Dalam masa sama, penting untuk kita guna semua media dan placement yang ada.
Cuma kali ini, kita lebih fokus kepada video.
Berdasarkan eksperimen lebih 200+ campaign prelaunch untuk pelbagai industri:
.
Langkah 0 - Matlamat utama: Waiting list
Matlamat kita lebih penting daripada segala-galanya.
Bila matlamat jelas, baru kita nampak segala strategi dan taktik yang boleh digunakan.
Matlamat utama dalam kempen prelaunch kita adalah membesarkan jumlah waiting list.
Lagi besar jumlah waiting list, lagi besar potensi sales yang kita boleh buat.
Contoh matlamat:
Matlamat jumlah waiting list: 10,000.
Kategori waiting list: 30% customer sedia ada. 70% prospek baru.
Sasaran conversion launch: Minimum 30%
.
Langkah 1 - Video maksimum 2 minit.
Tak perlu video panjang-panjang.
Yang penting isi (mesej) dalam video dapat disampaikan dengan tepat pada bakal customer kita.
Apa yang perlu ada dalam video selama 2 minit?
Sebagai contoh:
+ Durasi video: 2 minit (120 saat).
+ Elemen wajib dalam video: Produk. Testimonial. Arahan yang jelas masuk ke dalam waiting list.
+ Pecahkan 4 video berbeza (Baca langkah seterusnya).
.
Langkah 2 - Video copywriting untuk fast action bonus.
Video copywriting pertama?
Boleh buat video untuk terangkan fast action bonus.
Supaya bakal customer rasa teruja untuk menjadi pembeli terpantas.
Contohnya?
+ Kategori video: Fast action bonus.
+ Durasi video: 2 minit (120 saat)
+ Elemen 1: Bila tarikh dan masa product launch?
+ Elemen 2: Pembeli terpantas apabila jualan dibuka dapat apa (fast action bonus)?
+ Elemen 3: Apa 3 manfaat produk / servis utama kita?
+ Elemen 4: Dah letak 1 video atau 1 gambar testimonial?
+ Elemen 5: Dah bagi arahan yang jelas supaya customer masukkan details dalam waiting list (nama, email dan nombor telefon)?
.
Langkah 3 - Video copywriting untuk main bonus.
Sama juga seperti fast action bonus.
Jika kita ada 3 main bonus (maksudnya 3 free gift berbeza), maka setiap satu main bonus boleh jadi 1 video.
Maksudnya? Kita ada 3 video berbeza.
Contoh video untuk main bonus:
+ Kategori video: Main bonus 1.
+ Durasi video: 2 minit (120 saat)
+ Elemen 1: Bila tarikh dan masa product launch?
+ Elemen 2: Dah bagitau semua pembeli dapat free gift 1?
+ Elemen 3: Dah bagitau semua pembeli juga dapat 2 free gift lain?
+ Elemen 4: Apa 3 manfaat produk / servis utama kita?
+ Elemen 5: Dah bagi arahan yang jelas supaya customer masukkan details dalam waiting list (nama, email dan nombor telefon)?
.
Langkah 4 - Video copywriting manfaat produk atau servis.
Video ini lebih straight forward.
Fokus kita terangkan manfaat produk atau servis utama kita dalam video.
Selepas itu baru terangkan fast action bonus dan main bonus.
Biasanya lebih 2 minit. Tapi kalau dapat buat kurang 2 minit, lagi bagus.
Sebagai contoh:
+ Kategori video: Manfaat produk / servis.
+ Durasi video: 2 minit (120 saat). Maksimum 5 minit.
+ Elemen 1: Bila tarikh dan masa product launch?
+ Elemen 2: Apa 3 manfaat produk / servis utama kita?
+ Elemen 3: Pembeli terpantas apabila jualan dibuka dapat apa (fast action bonus)?
+ Elemen 4: Dah bagitau semua pembeli juga dapat 3 free gift?
+ Elemen 5: Dah bagi arahan yang jelas supaya customer masukkan details dalam waiting list (nama, email dan nombor telefon)?
.
Langkah 5 - Video copywriting testimonial.
Video yang terakhir, adalah video yang paling power.
Video ini boleh membantu meningkatkan conversion masa kita buat product launch.
Gunakan testimonial produk atau servis kita sebagai penekanan utama.
Saya bagi contoh, senang sikit nak faham.
Contoh-contoh elemen yang boleh diletakkan dalam video copywriting testimonial:
+ Kategori video: Video copywriting testimonial.
+ Durasi video: 2 minit (120 saat). Maksimum 5 minit.
+ Elemen 1: Bila tarikh dan masa product launch?
+ Elemen 2: Video / gambar dan juga ada teks thumbnail testimonial daripada customer pertama.
+ Elemen 3: Video / gambar dan juga ada teks thumbnail testimonial daripada customer kedua.
+ Elemen 4: Video / gambar dan juga ada teks thumbnail testimonial daripada customer ketiga.
+ Elemen 5: Pembeli terpantas apabila jualan dibuka dapat apa (fast action bonus)?
+ Elemen 6: Dah bagitau semua pembeli juga dapat 3 free gift?
+ Elemen 7: Dah bagi arahan yang jelas supaya customer masukkan details dalam waiting list (nama, email dan nombor telefon)?
.
Saya dah bagi contoh-contoh video yang boleh kita gunakan dalam kempen prelaunch.
Jangan lupa gunakan semua 5 kategori video di atas. Supaya kita dapat maksimumkan kempen prelaunch kita.
Lagi banyak eksperimen, lagi bagus.
Lama kelamaan, kita berani scale minimum RM1,000 sehari untuk kempen prelaunch menggunakan video.
>>>Hack A Launch<<<
>>>Buku Hack A Launch<<<
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video