BURGER KING ‘GUNA’ KELAB BOLASEPAK LIGA BAWAHAN UNTUK KEMPEN MARKETING VIRAL.

BURGER KING ‘GUNA’ KELAB BOLASEPAK LIGA BAWAHAN UNTUK KEMPEN MARKETING VIRAL.

 

BURGER KING ‘GUNA’ KELAB BOLASEPAK LIGA BAWAHAN UNTUK KEMPEN MARKETING VIRAL.

 

Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia. Kelab bola sepak yang ternama seperti Manchester United dan Liverpool ada berjuta peminat dari serata dunia.

 

Banyak jenama-jenama besar menggunakan platform kelab bola sepak ini untuk dapat reach audience kelab bola sepak yang besar ni.

 

Jenama macam Chevrolet misalnya bayar 64 juta Pound Sterling kepada kelab Manchester United untuk letak logo di jersi mereka.

 

.

.

 

Tapi Burger King ambil jalan yang songsang dari jenama-jenama besar lain.

 

Mereka tak sponsor kelab besar dan bayar jutaan Pound macam Chevrolet buat. Sebaliknya, mereka sponsor kelab bawahan di liga divisyen 4 England iaitu Stevenage FC.

 

Ya, divisyen 4. Dengan hanya 50,000 Pound Sterling saja!

 

Untuk orang biasa mungkin akan fikir apa yang Burger King buat ni satu tindakan bodoh dan sia-sia.

 

Siapa je nak tengok kelab bawahan divisyen 4 main? Berapa ramai je yang Burger King boleh capai untuk audience Stevenage FC ni?

 

.

.

 

Sebenarnya Burger King tak bodoh, tapi genius.

 

Fokus mereka bukan hanya nak jadi sponsor kelab dan letak logo di jersi saja. Mereka nak dapat reach dari satu platform lain yang lebih besar iaitu permainan video FIFA 20.

 

Walaupun kelab ni tak dikenali ramai, tapi Stevenage FC berkongsi satu platform yang sama dengan kelab-kelab besar dalam FIFA 20.

 

Dari platform permainan video inilah yang menyebabkan Burger King dapat reach audience yang lebih ramai.

 

.

.

 

Apa Burger King buat?

 

Satu contest dijalankan untuk cabar siapa saja yang share aksi jaringan gol atau momen-momen menarik mereka bermain menggunakan kelab Stevenage FC di media sosial akan dapat ganjaran.

 

Cabaran ini dinamakan 'The Stevenage Challenge'.

 

Sejak dari itu, ramai pemain FIFA 20 yang sertai cabaran ini. Ada juga yang menggunakan Stevenage FC dalam career mode mereka.

 

Mereka boleh beli pemain-pemain ternama dunia macam Cristiano Ronaldo dan Messi untuk bermain dengan kelab Stevenage FC.

 

.

.

 

The Stevenage Challenge dilancarkan pada bermula.Oktober 2019.

 

Dalam masa 2 minggu, lebih 25,000 video dikongsikan oleh pemain FIFA 20 di media sosial mereka. Stevenage FC juga buat pertama kali dalam sejarah berjaya menjual jersi mereka sehingga habis stok.

 

Secara tiba-tiba, kelab Stevenage FC dikenali serata dunia.

 

Stevenage FC merupakan kelab kecil yang ada stadium hanya berkapasiti 2,800 orang. Siaran untuk perlawanan kelab ini secara langsung juga tak banyak disiarkan.

 

Tapi Burger King dapat capai lebih ramai orang melalui kempen The Stevenage Challenge.

 

.

.

 

Kenapa kempen ini berjaya?

 

Burger King tahu orang yang bermain permainan video suka dengan cabaran dan ganjaran. Mereka hanya gunakan saja keinginan pemain yang suka dicabar dengan The Stevenage Challenge.

 

Mereka juga berjaya menggunakan platform media sosial dengan baik. Dengan lebih 25,000 video yang dikongsikan di akaun media sosial pemain, lebih ramai orang akan nampak logo Burger King.

 

Burger King dah membuktikan bahawa ada banyak lagi cara lain untuk capai target market bisnes mereka yang orang lain tak buat lagi.

 

.

.

 

Burger King bukanlah satu nama asing yang jalankan kempen marketing yang kreatif.

 

Pada tahun 2019, Burger King mencetus satu kekeliruan dan perbualan hangat di Twitter. Mereka like tweet tahun 2009 dari beberapa influencer seperti Casey Neistat.

 

Orang ramai mula sedar dan bertanya kenapa Burger King like tweet dari 10 tahun lepas?

 

Bila dah viral, barulah Burger King jelaskan rupanya mereka nak kembalikan menu lama iaitu Funnel Cake Fries yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2009.

 

Tanpa perlu keluar modal marketing yang besar pun mereka berjaya membuatkan orang bercakap pasal Burger King.

 

.

.

 

Suka dengan konten BRC?

 

Sila share posting ini.

 

#viralmarketing

 

Belajar Teknik Rahsia Zero Kos Marketing


 

 

 


 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product