Buat Apa Yang Kau Minat : Boleh Pakai Ke Nasihat Ni??

Buat apa yang kau minat : Boleh pakai ke nasihat ni??

Betul ke kita kena ‘BUAT APA KITA MINAT’? Mungkin betul. Mungkin juga salah. Jom kita kaji dari sudut yang jarang kita tengok. Macam ni...

 

Dulu, biasalah, saya pun budak baru nak up. Dekat-dekat nak habis belajar dulu mesti la kita semua fikir, "Apa aku nak buat lepas belajar ni?" Betul tak? Dan tentulah jugak ada orang yang akan bagitau kita, "Buat apa kau minat!"

 

Betul la tu. Buat apa kita minat. Mesti kita enjoy. Takde la rasa macam terpaksa je buat kerja. Dengar macam nasihat yang bagus kan? TAPI...

 

Macam saya selalu cakap: Takde satu benda yang betul 100% setiap masa. Kita faham kenapa nasihat ni bagus. So kita tengok pulak... Bila masa nasihat, "Buat kerja apa kau minat" ni jadi satu nasihat yang salah? Jom kita tengok satu-satu...

 

Kita sendiri tak tahu apa kita minat. Bukan kata budak muda... Orang lanjut usia pun ramai yang masih tak jumpa lagi apa kita minat. Habis tu kalau tak jumpa apa minatnya, takkan nak tunggu sampai minat tu datang gugur dari langit?

 

5/ Apa maksud minat? Ramai fikir minat ni macam ada spark spark gitu. "Aku minat masak, aku nak bukak kedai makan!" "Aku minat ambil gambar, aku nak jadi photographer!" "Aku minat drive, aku nak jadi racing driver!"

 

Minat-minat ni semua biasanya tak tahan lama pun. Dia datang kejap-kejap. Ikut musim. Kalau setakat ada minat geli-geli gini, ini namanya MENGGEDIK MENGGELETIS je. Takkan setiap musim kita nak tukar kerja ikut perubahan minat kita?

 

Masalahnya ramai yang fikir 'BUAT KERJA KITA MINAT' ni maksudnya buat kerja hepi-hepi senang-senang horey-horey tak susah langsung peluh tak jatuh lenggang lenggang kangkung, kangkung tepi telaga. ‘MINAT’ ni jadi macam benda murahan.

 

Minat yang sebenar = keluar air mata darah. Minat yang sebenar: Satu benda yang kita suka gila sampai kita akan buat walaupun kita tak dibayar untuk buat. Walaupun kita kena bayar untuk buat. Walaupun cabaran getir sampai keluar air mata darah kita tetap nak buat.

 

Ini baru BETUL PUNYA MINAT. Bukan minat gedik menggeletis, ada cabaran sikit terus hati tisu tu! Ini baru betul benda yang mahal & bernilai.

 

Satu lagi... Minat ni satu benda yang 'selfish'. Kita fikir pasal kita. Kita fikir apa dunia boleh bagi kat kita, "Hai dunia, bagilah aku buat kerja aku suka."

 

Kita tak fikir orang nak ke tidak apa kita buat. Kita tak fikir impak apa kerja kita pada orang. Kalau kita fikir diri kita je... Sampai satu masa kita sendiri akan stress. Tak caya cuba hidup berseorang tak peduli orang. Memang rasa loser rugi hidup atas dunia.

 

Apa guna minat tanpa kompetensi? Saya minat main gitar, misalnya. Minat acah-acah je. Menggeletis je. Tahap petikan gitar saya sama je macam 10 tahun dulu. Tak bergerak. Tak kompeten langsung!

 

Kita akan suka benda yang kita mahir & pandai buat. Kalau sekadar buat kerja kita minat level acah-acah, tanpa minat mendalam level air mata darah, kita akan putus asa nak buat berterusan apabila ada cabaran atau buat tak menjadi (sebab tak mahir).

 

Dan... Benda kita mahir & pandai buat tu yang akan buatkan kita boleh menyumbang pada orang lain, beri impak pada dunia. Kita tengok impak tu, kita makin suka untuk buat. Kita dapat positive feedback loop.

 

OK... Ada dua sudut tadi kan? A: Bagus buat kerja kita minat. B: Tak bagus buat kerja kita minat. Soalan: Mana satu yang betul?

 

Teeeeeeeeet! Minat atau tak tu tak relevan pun. Iye, ada bagus kalau kita minat. Itu bonus je. Jangan sampai percaya slogan ‘buat apa kita minat’ sampai kita huru-hara nak mencari benda kita minat.

 

Marilah kita jadi manusia yang berfikir akan setiap slogan yang kita dengar. Bukan sekadar ikut bulat-bulat sampai merana hidup. Pilihlah kerja atau bidang yang BERI IMPAK pada manusia sekeliling.

 

Tengok hasil kerja kita mampu beri impak positif pada hidup orang lain, KOMFEM secara automatik kita akan minat kerja tu. Memang fitrah manusia untuk saling menggembirakan dan membantu manusia lain. Memang fitrah manusia untuk merasai connection manusiawi itu.

 

Last sebelum saya tutup: Setiap saat kita semakin hampir dengan mati. Setiap nafas umpama ‘racun’ yang mengurangkan umur kita. Jadi...

 

Apa kerja kita atas dunia? Apa kerja yang kita pilih sebagai ‘racun’ yang sanggup kita telan setiap hari? Apa kerja yang buat kita HIDUP dalam perjalanan menuju mati ini? Ini persoalan lebih mahal & berbaloi dari sembang pasal ‘minat’. 
 

 

 

Klik Untuk Download Panduan Percuma Naikkan Sales 3 Kali Ganda Dalam Masa 7 Hari Sekarang

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product